Legenda Liverpool Kini Antara Calon Ganti Ancelotti Di Real Madrid

Legenda Liverpool Xabi Alonso kini termasuk di dalam senarai calon untuk menggantikan Carlo Ancelotti di Real Madrid.

Real Madrid bakal kehilangan khidmat Ancelotti pada akhir musim 2023/24 setelah jurlatih dari Itali itu memilih untuk menyertai skuad kebangsaan Brazil bermula 2024.

Situasi itu bermakna Real Madrid harus mencari pengurus baharu menggantikan Ancelotti yang telah memberikan dua kejuaraan Champions League dan satu kejuaraan La Liga kepada gergasi Sepanyol itu.

Menutuy laporan media Jerman, BILD pengurusan tertinggi Real Madrid kini melihat Alonso sebagai antara calon yang harus dipertimbangkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ancelotti.

Alonso pernah bersama Los Blancos selama lima musim sebagai pemain, dan merupakan tunjang utama di bahagian tengah sebelum mengakhiri kariernya bersama Bayern Munich.

Sejak daripada itu bekas pemain Liverpool itu melibatkan diri dengan kursus kejurulatihan dan prestasinya bersama Bayer Leverkusen dianggap memberangsangkan.

Alonso memulakan karier kejurulatihan bersama Real Sociedad B sebelum mengambil alih Leverkusen pada ketika pasukan itu sedang bergelut dengan prestasi pada musim lalu.

Pemenang Piala Dunia 2010 itu bagaimanapun berjaya memperbaiki prestasi Leverkusen sehingga menamatkan saingan Bundesliga 2022/23 di kedudukan keenam walaupun berada di zon penyingkiran pada November.

Bukan sahaja menyerlah di saingan liga, Alonso turut memimpin Leverkusen sehingga ke separuh akhir UEFA Conference League sebelum disingkirkan oleh AS Roma kendalian Jose Mourinho.

Real Madrid mungkin bukan satu-satunya kelab yang sedang memantai situasi Alonso pada ketika ini.

Pernah beraksi selama lima tahun bersama Liverpool dan memenangi Champions League bersama kelab dari Merseyside itu, Alonso berkemungkinan turut akan menarik minat bekas kelabnya itu sekiranya tidak menyambung kontrak Juegen Klopp yang akan tamat pada musim panas 2026.

Real Madrid sememangnya pasukan yang sentiasa memberikan ruang kepada bekas pemain mereka untuk dijadikan sebagai pengurus pasukan.

BACA:  Tumbuk Bola Masuk Gol Sendiri, Alisson Bantu West Ham Leburkan Rekod Tanpa Kalah Liverpool