UEL: Atalanta Londehkan Aib Liverpool Di Anfield

Liverpool berdepan dengan cabaran Atalanta di Anfield dalam suku akhir pertama Liga Europa yang dianggap kejohanan eropah sebenar.

Liverpool meletakkan beberapa pemain utama mereka di bangku simpanan termasuk Mohamed Salah.

Kelleher menyelamatkan gawang Liverpool pada awal perlawanan dengan aksi save luar biasa.

Di atas padang Darwin Nunez meneruskan aksi kelakarnya ketika situasi mudah. Di mana dia mempersiakan peluang 1 lawan 1 dengan penjaga gol lawan.

Harvey Elliot melakukan rembatan lencong yang melantun pada palang dan tiang gol.

Curtis Jones juga berpeluang untuk menjaringkan gol. Namun lencongannya sedikit tinggi.

Ketika Liverpool sedang tercari cari rentak. Atalanta menghukum mereka dengan gol pertama daripada bekas pemain West Ham, Gianluca Scamacca. Ianya berpunca daripada gerakan Zappacosta yang sangat besar ruang diberikan kepadanya.

Pemain bek kanan itu kemudian melakukan hantaran rendah ke dalam kotak penalti. Dan Scamacca dengan kemas melakukan leretan yang menyaksikan aksi lemau Kelleher gagal menepis bola itu.

Kelleher kelihatan malu dengan tindakannya. Kerana dia tahu itu tidak seharusnya berlaku.

Kelleher bagaimanapun menebus kesilapannya apabila dia menghadang percubaan Koopemeiners daripada situasi 1 lawan 1.

Pada separuh masa kedua, Scamacca sekal lagi mengayam ayamkan pertahanan Liverpool dan Kelleher. Kali ini menembak masuk hantaran lintang dalam keadaan dia tak dikawal.

Liverpool terus bergelut untuk menjaringkan gol. Mohamed Salah hampir merapatkan jurang gol, namun dibatalkan kerana ofsaid.

Pengadil tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kepastian daripada pegawai VAR. Kerana jelas Mo Salah bersalah ofsaid.

Pada minit ke-81, Scamacca hampir mencetak hatriknya ke atas Liverpool dengan tandukan bebas di dalam kotak penalti yang sedikit tinggi.

Pasalic kemudian memastikan malam yang memalukan untuk Liverpool dengan gol ketiga. Ianya aksi yang sangat teruk daripada pertahanan Liverpool buat kali ketiga.

Bermula daripada kesilapan Szoboszlai. Dan kemudian Kelleher melakukan penyelamatan, namun Pasalic menyambar bola untuk gol ketiga.

Atalanta kini berpeluang cerah untuk ke separuh akhir dengan Liverpool sudah boleh berkira kira untuk fokus menamatkan saingan liga di tangga ketiga.

BACA:Β  Klopp Berang Dengan Keputusan Pengadil Hadiahkan Penalti Saat Akhir Kepada Spurs