Alonso Lebih Rela Kekal Di Leverkusen Daripada Menguruskan Darwin Nunez

Usaha Liverpool untuk mendapatkan Xabi Alonso mungkin hanya tinggal mimpi. Ini kerana pengurus itu masih tidak menunjukkan sebarang minat untuk menyertai kelab tersebut.

Liverpool akan kehilangan Jurgen Klopp selepas tamat musim ini. Klopp yang memenangi segalanya bersama Liverpool menyatakan dia terpaksa berundur akhir musim ini kerana dah tidak bertenaga lagi.

Klopp menegaskan bahawa dia sudah tak larat untuk menguruskan kelab itu lagi setelah 9 tahun lamanya bersama sama dengan mereka.

Beberapa nama pengurus dikaitkan dengan jawatan di Anfield itu termasuk Alonso, De Zerbi, Ruben Amorim dan juga K. Devan sebagai calon simpanan.

Namun masih belum ada rundingan yang lebih konkrit melibatkan calon calon tersebut.

Bukan tugas mudah untuk menggantikan Jurgen Klopp di Anfield kerana pengurus itu memiliki legasi yang sangat kuat bersama The Reds.

Liverpool menjadi pasukan yang sangat digeruni terutama sekali Manchester United. Di mana mereka berkali kali membantai Red Devils dalam tempoh Klopp menjadi pengurus termasuk memberikan United kemaluan yang nyata ketika kekalahan 7-0,

Peminat Liverpool rata rata mahukan Xabi Alonso untuk menjadi pengurus mereka. Alonso pernah menjadi pemain tengah Liverpool yang elegan satu ketika dahulu, dan menjadi pemain kesayangan peminat.

Namun Liverpool mendapat tahu bahawa pengurus Sepanyol itu tidak berminat untuk menyertai mereka.

Kerana Alonso ada wawasan dan visi tersendiri dalam kehidupannya yang indah.

Alonso masih mahu meneruskan karier bersama Bayer Leverkusen. Alonso sudah ada perancangan baharu untuk musim hadapan. Dia yang menyertai kelab itu pada 2022, kini di landasan terbaik untuk membantu Leverkusen menjadi juara Bundesliga musim ini.

Alonso menyemai budaya bola sepak yang hebat dan taktikal yang sangat memukau bersama dengan Leverkusen. Menjadikan dia sebagai salah seorang pengurus muda yang dianggap sangat berbakat besar.

Pada Khamis, bekas presiden Bayern, Uli Hoeness sudah mencadangkan Bayern agar mencari calon lain. Kerana Xabi Alonso adalah pilihan yang mustahil setakat ini.

Dan sebentar tadi Fabrizio Romano menyatakan bahawa Xabi Alonso sedia mengumumkan bahawa dia tidak mahu berpindah ke Liverpool atau Bayern Munich.

Daripada menguruskan Darwin Nunez, Xabi Alonso lebih rela kekal sahaja di Bayer Leverkusen.

Kelab tersebut sedia mengumumkan bahawa klausa pelepasan pada kontrak Xabi Alonso hanya teraktif pada 2025.

Ini adalah tamparan yang hebat buat peminat Liverpool yang sudah berangan angan mahu melihat Xabi Alonso menjadi pengurus Liverpool yang baharu selepas Jurgen Klopp.

BACA:  Premier League 2020/21: Liverpool 2-1 Aston Villa