Sekumpulan penyokong Liverpool telah menerima pampasan daripada UEFA selepas mendakwa diri mereka cedera dan alami trauma fizikal dalam insiden memalukan di perlawanan akhir Champions League 2022.
UEFA didapati bertanggungjawab sepenuhnya atas insden yang boleh menjadi lebih buruk di Paris itu.
Pada ketika itu ratusan penyokong Liverpool telah disembur dengan gas pemedih mata di perkarangan Stade de France sehingga menyebabkan sepak mula ditangguhkan selama 36 minit.
Pada Jumaat lalu UEFA akhirnya bersetuju untuk membayar pampasan penuh kepada penyokong terlibat.
Liverpool supporters who took legal action against Uefa for the injury and distress endured at the 2022 Champions League final have received compensation
Read more ⬇️https://t.co/PQ4TacUUbQ
— Times Sport (@TimesSport) March 23, 2024
Persetujuan untuk membayar pampasan tersebut dilakukan selepas laporan 1,450 penyokong Liverpool dianiaya. Kesemua mereka diwakili oleh Pogust Goodhead, sebuah firma guaman global dan Bigham Long yang berpengkalan di Liverpool.
Dengan itu penyokong Liverpool menerima dan mengalu-alukan tawaran daripada UEFA, kata kedua-dua firma guaman tersebut dalam satu kenyataan bersama.
Jumlah pampasan yang dibayar kepada penyokong oleh UEFA bagaimanapun dirahsiakan atas persetujuan bersama.
Liverpool beraksi menentang Real Madrid dalam perlawanan akhir Champions League pada Mei 2022.
#NSTsports A civil legal claim involving Liverpool supporters who suffered physical and mental injury at the 2022 Champions League final in Paris has been settled, European football governing body UEFA announced.https://t.co/iSnIxZpF5u
— New Straits Times (@NST_Online) March 23, 2024
Ramai penyokong Liverpool berhadapan masalah masuk ke stadium pada hari perlawanan, di mana pasukan mereka tewas 1-0. Kejadian di luar stadium menjadi tidak terkawal dan menyebabkan campur tangan pihak polis.
Penyokong Liverpool kemudian menjadi mangsa gas pemedih mata polis, selain diserang dan dirompak oleh penduduk tempatan.
UEFA dan pihak polis kemudian menyalahkan penyokong yang tidak bertiket sebagai punca insiden tersebut.
Pada Februari 2023 sebuah laporan bebas mendapati UEFA bertanggungjawab atas insiden huru hara tersebut yang berpotensi menjadi lebih teruk sehingga mengancam nyawa.
Laporan tersebut turut menyamakan insiden yang berlaku dengan tragedi Hillsborough pada 1989 di mana 97 penyokong The Reds maut ketika perlawanan separuh akhir PIala FA menentang Nottingham Forest.