Cristiano Ronaldo berpotensi untuk menjadi ketua pasukan Manchester United selepas ini andai Ten Hag memilih untuk menukar ketua pasukan sedia ada.
David De Gea dan Bruno Fernandes merupakan antara dua lagi pemain selain Cristiano Ronaldo yang dijangka bakal dilantik menjadi ketua pasukan.
Harry Maguire sendiri sangat berpotensi untuk dilucutkan dari jawatan sebagai ketua pasukan dek kerana ramai penyokong tidak mahu melihat beliau memakai lilitan kapten itu dilengannya lagi.
Jamie Carragher aimed a hilarious dig at Salford City part-owner and former Manchester United captain Gary Neville after the club sacked manager Gary Bowyer. https://t.co/HUayKXxRtH
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) May 18, 2022
Rob Dawson dari ESPN tampil mendedahkan yang ketiga-tiga Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan David De Gea merupakan calon yang akan dilantik sebagai ketua pasukan andai Maguire dilucutkan dari jawatannya.
De Gea dan Fernandes sebelum ini turut pernah menggalas tugas sebagai ketua pasukan Manchester United terutama ketika ketiadaan Harry Maguire.
Penjaga gol dari Sepanyol itu telah beraksi bersama kelab sejak 11 tahun lalu dan beliau telah beraksi dalam semua perlawanan liga pada musim ini.
Untuk Fernandes sendiri pula, beliau mula menyertai skuad setan merah pada Januari 2020 yang lalu dan terus menjadi nadi utama skuad.
#mufc squad are split over whether Harry Maguire should continue with the armband. next season. De Gea, Fernandes and Ronaldo are among the candidates to take over if there is a change, while Ralf Rangnick has suggested opening it up to a vote. [@RobDawsonESPN]
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) May 25, 2022
Masa depan Harry Maguire sendiri di Old Trafford masih tidak jelas, terutama selepas melihat aksi hambar yang beliau pamerkan sepanjang musim ini.
Masa Depan Bintang Manchester United Dalam Bahaya, Bakal Dikapak Ten Hag?
Masa depan pemain bintang Manchester United yang bernilai £50 Juta, Aaron Wan Bissaka kini dalam bahaya dan terancam selepas kehadiran pengurus baharu Erik Ten Hag yang akan memulakan revolusi baru di Old Trafford.
Aaron Wan Bissaka yang dibeli dari Crystal Palace antara pemain yang sangat tidak kena corak permainannya dengan falsafah yang diamalkan oleh pengurus dari Belanda itu.
🔥 A new era at Manchester United Football Club is coming ⚡️
Who do you think will be ten Hag's captain?
🇵🇹 Cristiano Ronaldo
🏴 Harry Maguire
🇵🇹 Bruno Fernandes
🇪🇸 David De Gea🗣 Who is your pick?
Let us know below 👇💬 pic.twitter.com/tauNaarLvk— FIVE (@FIVEUK) May 19, 2022
Sejak pemergian Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat, Aaron Wan Bissaka kurang mendapat peluang beraksi di bawah pengurus Interim Ralf Rangnick yang lebih suka mengunakan Diogo Dalot.
Aaron Wan Bissaka merupakan seorang pemain pertahanan kanan yang sangat bagus ketika bertahan dan mampu untuk mengawal bola dengan baik ketika membantu serangan.
AWB under pressure @JMNDComps pic.twitter.com/42o6Hfn2hx
— Steve𓅓 (@UtdSteve_) May 17, 2022
Namun kelemahan terbesarnya sejak menyertai Setan Merah adalah untuk membuat hantaran, kelemahan itu membuatkan Bissakan gagal menghadirkan bahaya buat lawan dan sangat tidak kena dengan bola sepak moden hari ini.
Aaron Wan Bissaka semakin kelaut permainannya tanpa Ole Gunnar Solskjaer samada ketika bertahan atau menyerang. Mungkin masih meratapi pemergian Ole.
Menurut seorang transfer insider, Dean Jones telah melaporkan bahawa Erik Ten Hag akan mencucuk rapat prestasi Aaron Wan Bissaka apabila latihan pra-musim bermula.
Erik Ten Hag akan menilai samada Aaron Wan Bissaka berguna atau tidak sebelum pemain itu dikapak keluar dan situasi ini bergantung kepada pembelian pemain baru diposisi yang sama.
Manchester United are prepared to let Eric Bailly and Aaron Wan-Bissaka leave this summer. It depends on the proposals but both have chances to leave the club, as expected. 🔴 #MUFC https://t.co/zPgpPklaVc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 19, 2022
Sebelum ini juga telah dilaporkan bahawa Manchester United telah pun bersedia untuk melepaskan Aaron Wan Bissaka apabila jendela perpindahan musim panas dibuka.
Penjualan tetap adalah pilihan utama dan pilihan untuk dipinjamkan tidak ditolak jika klausa pembelian tetap ada dalam perjanjian.
Ketika ini kontrak Aaron Wan Bissaka masih berbaki dua tahun dengan pilihan lanjutan kontrak selama setahun dengan bayaran gaji £90,000 seminggu.
Jika Setan Merah mahu mendapatkan harga jualan yang tinggi agak sukar dan juga sukar rasanya untuk Bissaka mendapat gaji seperti di Old Trafford dari kelab baru.
Bekas pasukan Wan Bissaka, Crystal Palace dilaporkan masih berkira-kira untuk membawa balik Wan Bissaka ke Selhurst Park.
Manchester United will allow defender Aaron Wan-Bissaka to leave this summer. It is thought he won’t figure in Erik ten Hag’s plans. United would prefer a permanent deal, but won’t rule out a loan – provided it comes with a serious option or obligation to buy. #WanBissaka #MUFC
— Dharmesh Sheth (@skysports_sheth) May 19, 2022
Sebelum ini Ralf Rangnick sudah mengesahkan bahawa seramain 6 atau 7 atau mungkin juga 10 pemain pemain baharu akan datang yang bermakna seramai itu juga pemain akan pergi.
The Miror terpaling hebat khabar angingnya apabila melaporkan 12 pemain yang akan keluar, siap dengan senarai nama dan juga sebab tidak diperlukan.
Enam pemain akan dilepaskan atau berangkat pergi di penghujung musim ini kerana kontrak akan tamat pada musim panas:
1. Paul Pogba
2. Edinson Cavani
3. Nemanja Matic
4. Jesse Lingard
5. Juan Mata
6. Lee Grant
Senarai ini agak masuk akal selain kontrak tamat hampir separuh dari mereka dimamah usia dan jarang amat beraksi musim ini. Matic dan Cavani sudah sah pergi.
Tambahan dari senarai itu beberapa pemain yang masih mempunyai kontrak akan dibenarkan pergi oleh Erik Ten Hag iaitu:
1. Anthony Martial
2. Marcus Rashford
3. Phil Jones
4. Alex Telles
5. Aaron Wan-Bissaka
6. Eric Bailly
Namun itu pengesahan daripada Ralf Rangnick bukan dari Erik Ten Hag sendiri yang akan mencorakkan sendiri hala tuju perancangan besarnya.
Erik ten Hag on plans with Ralf Rangnick: "I analyse by myself, I observe around and speak with a lot of people… but I will draw my own line. Rangnick's consultancy role? That is on the club". 🔴 #MUFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 23, 2022
Erik Ten Hag telah menegaskan bahawa tugas Ralf Rangnick sebagai tuan penasihat atau perunding adalah peranannya bersama Manchester United bukan menasihati beliau selaku pengurus.
“Peranan Rangnick sebagai penasihat? Itu peranan dia dekat kelab.”
Sementara itu Cristiano Ronaldo masih lagi ada dalam perancangan Ten Hag dan kapten marvel, Harry Maguire yang bakal kehilangan jawatan juga masih kekal.
Sumber: SPORTbible