5 Pertahanan Murah Tapi Padu Yang Boleh Dibeli Dalam FPL 22/23

Musim baru Liga Perdana Inggeris bakal bermula tidak lama lagi dan bila mana bermulanya musim baru, maka peminat liga ini berpusu-pusu mendaftar pasukan untuk menyertai Fantasy Premier League (FPL).

Walaupun hampir seluruh dunia berdepan dengan kadar inflasi yang tinggi, harga para pemain di FPL masih lagi dalam kadar mampu milik. Taktik pemain FPL ada pelbagai jenis.

Ada yang sanggup membeli pemain pertahanan mahal dan meletakkan penyerang yang murah. Ini kerana setiap gol dan assist yang disumbangkan oleh pertahanan akan mengutip mata yang jauh lebih tinggi berbanding penyerang.

Ada juga yang sebaliknya, di mana mereka lebih berminat untuk membeli penyerang yang mahal dan diakui mempunyai reputasi jaringan yang banyak. Jika anda adalah spesis ini, maka ini adalah senarai pertahanan murah tapi mampu untuk memberikan mata yang tinggi kepada pasukan anda.

James Justin – Leicester City

Setahun lalu, James Justin adalah pemain yang terkenal dan merupakan aset penting pasukan di FPL. Walaubagaimanapun, kecederaan yang serius telah menyebabkannya hilang tempat dan tidak dapat bersaing dalam cabaran liga hampir keseluruhan musim lalu.

Kini bek sisi Inggeris ini sudah bersedia untuk kembali dan sudahpun pulih seperti sediakala.

Leicester City mungkin mengalami musim yang suram pada musim lalu dan pasti ingin melakukan comeback pada musim ini. Walaupun kelab ini mempunyai beberapa orang pemain bek sisi, kebolehan Justin bermain di kedua-dua belah sisi padang membolehkannya menjadi watak penting dalam pasukan.

Pada harga 4.5 juta, Justin mampu menawarkan ancaman serangan dan bonus gol serta assist pasti menanti para pengurus. Clean sheet tu susah la sikit. Leicester, kan?

Djed Spence – Tottenham Hotspur

Walaupun rakan sepasukannya, Ivan Perisic mungkin dilihat lebih berbaloi pada harga 5.5 juta, tetapi Djed Spence tidak boleh dipandang enteng. Bek sayap kanan Inggeris ini boleh dibeli pada harga 4.5 juta.

Meskipun Spurs mempunyai banyak pilihan di posisi yang dimainkan oleh Spence, kepercayaan Conte kepada pemain ini tidak boleh disangkal juga.

Conte sememangnya dikenali sebagai seorang pengurus yang menitikberatkan pasukan yang mempunyai barisan pertahanan yang kuat, sekaligus boleh membawa banyak mata clean sheet.

Spence pula selain mampu bertahan, dia juga mempunyai kebolehan dalam membantu serangan. Mana tahu nanti dia boleh hadirkan assist kepada Son Heung-min dan Harry Kane nanti, kan?

Lucas Digne – Aston Villa

Suatu masa dahulu bersama Everton, Lucas Digne boleh dianggap sebagai superstar kerana kerap menyumbangkan mata – sekurang-kurangnya mata bonus kepada para pengurus.  Berpindah ke Aston Villa pada mulanya dia agak tenggelam namun selepas ketibaan Steven Gerrard, pemain ini mula kembali bersinar.

Villa mempunyai pemain di bahagian serangan yang agak padu seperti Philippe Coutinho, Danny Ings dan Leon Bailey.

Jika ketiga-tiga pemain ini mampu berhubung dengan hantaran-hantaran berkualiti daripada Digne, maka mata yang banyak akan dibawa pulang oleh para pengurus FPL sekaligus menjadikan pembelian 5.0 juta ini sebagai satu urusan yang berbaloi.

Aaron Hickey – Brentford

Brentford merupakan pasukan yang telahb mengejutkan ramai pada musim lalu dan pada musim ini mereka pasti ingin kekal di dalam liga buat musim ketiga. Untuk memastikan cabaran mereka berterusan, The Bees telah membeli pemain bek sayap Scotland Aaron Hickey dari Bologna.

Dia boleh dibeli pada harga 5.0 juta dan caranya bermain mungkin belum dikenal pasti oleh para pengurus. Akan tetapi, rekodnya pada musim lalu di Bologna – lima gol dan satu assist boleh dianggap sebagai satu pembelian yang berbaloi. Lagi pula dia kerap melakukan larian masuk ke kotak penalti dan mempunyai kebolehan shooting yang bagus.

Apatah lagi Brentford kerap bermain dengan menyerang dan bukan bertahan.

Pada usia 20 tahun, Hickey pasti akan terus meningkat dan berkembang sebagai seorang pemain yang bagus.

Oleksandr Zinchenko – Arsenal

Kieran Tierney mungkin akan menjadi pilihan utama untuk posisi bek kiri di Arsenal tetapi selepas perlawanan pra musim di Amerika Syarikat, Zinchenko mungkin mampu memajak posisi ini kepada dirinya sendiri.

Pemain Ukraine ini mampu memberikan mata dari posisi bek kiri – sama ada melalui serangan atau pertahanan.

Malah seandainya Tierney diletakkan di kesebelasan utama sekalipun, Zinchenko masih boleh dimasukkan sebagai pemain gantian atau pemain tengah. Lagi pula dia asalnya merupakan pemain tengah dan bermain di posisi ini bersama negaranya.

Bernilai 5.0 juta, Zinchenko boleh dianggap sebagai pembelian wajib buat mana-mana pengurus FPL pada musim ini.

Sumber : AllFootball

Baca Juga

Baca Juga