Abang kepada Jesse Lingard tampil bantai legenda Manchester United, Roy Keane dan Gary Neville, dengan beliau menuduh duo pundit itu ‘double standards’.
Keane seperti biasa beliau senantiasa dengan reaksi dan emosi marahnya selepas melihat Manchester United dibelasah dan didominasi teruk oleh Manchester City dalam aksi saingan Premier League minggu lalu.
Kekalahan 2-0 bertemu seteru sebandar mereka itu jelas menyebabkan para pundit termasuk Keane dan Neville rasa tidak gembira dengan keputusan itu.
Jesse Lingard’s brother Louie on Instagram #MUFC pic.twitter.com/OF60KQ6QuQ
— United Zone (@ManUnitedZone_) November 6, 2021
Antara kata-kata Keane yang paling diingati pada hujung minggu lalu adalah ketika beliau menyatakan:
“Saya sering mengalaminya ketika saya tidak mampu bersaing dalam sesebuah perlawanan, dan saya akan fikir, ‘kamu tahu, apa yang boleh saya lakukan adalah pergi dan rempuh saja sesiapa.”
Keane memaksudkan yang beliau kecewa melihat pemain United terlalu berlembut dan hanya mampu mengutip satu kad kuning sahaja dalam perlawanan tersebut.
Beliau merasakan yang para pemain seharusnya bermain dengan lebih keras dan aggressive memandangkan mereka gagal untuk bersaing dengan para pemain City.
Abang kepada Jesse Lingard, Louie Scott kemudiannya membandingkan kenyataan Keane dengan situasi kad merah yang dilayangkan kepada Paul Pogba ketika aksi kekalahan 5-0 bertemu Liverpool.
Jesse Lingard brother on Instagram. I see nothing but facts ⬇️👏🏼 #MUFC pic.twitter.com/WfF43Ht5pf
— Chris (@Utd_7_cr) November 6, 2021
“Tak pasti yang Sky menunjukkan siaran langsung sesi latihan sekarang.”
Tulis Scott di laman instagram miliknya.
“Keane baru kata pergi rempuh seseorang. Pogba minggu lalu lakukan itu dan dia kena bantai teruk dengan Scholes. Double standards.”
Gary Neville begitu bersemangat dalam meluahkan pandangan beliau ketika membuat analisis selepas tamat perlawanan tersebut.
Beliau juga turut menjadi pengulas ketika aksi kekalahan bertemu City dengan Neville telah meletakkan kesalahan di atas bahu para pemain berbanding pengurus Ole Gunnar Solskjaer.
Scott kemudiannya membahaskan hal tersebut dengan menyatakan bahawa:
Jesse Lingard's brother mocks Man Utd for Man City loss with savage Instagram posthttps://t.co/IE6crC2SRw pic.twitter.com/5mk8S5THhI
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) November 6, 2021
“Berhenti dengar ulasan dari pundit ini. Masih menunggu G.Nev ulas tentang body language seseorang… Oh saya lupa, dia hanya akan bercakap tentang para pemain.
Pemain Manchester United terkejut Ole bagi cuti seminggu
Para pemain dan staff Manchester United terkejut dan bingung selepas pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer memberi mereka cuti rehat selama satu minggu.
Saingan peringkat kelab ditangguhkan seketika untuk memberi ruang kepada para pemain terlibat bersama skuad kebangsaan masing-masing.
Sebilangan besar pemain dari skuad Manchester United pada ketika ini turut terlibat dengan skuad kebangsaan masing-masing untuk beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia.
🚨 Manchester United players and staff were surprised to be given a week off after Ole Gunnar Solskjaer flew back to Norway with his family on Monday. (Source: Daily Mail) pic.twitter.com/3dM20JSxjn
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 9, 2021
Walau bagaimanapun, pemain seperti Raphael Varane, Jadon Sancho, Mason Greenwood, Aaron Wan Bissaka, Phil Jones, Alex Telles, Donny Van de Beek dan Juan mata merupakan antara pemain dari skuad utama yang tidak terlibat dengan tugasan antarabangsa.
Walaupun masih ramai pemain yang tinggal, namun Solskjaer tetap memutuskan untuk memberi cuti rehat kepada anak-anak buah dan staff United selama satu minggu.
Hal ini dikatakan telah menyebabkan ramai pihak yang terkejut dan pada masa sama turut bingung memikirkan mengapa beliau memutuskan hal tersebut.
Ia bermaksud 16 pemain yang tidak terlibat dengan skuad kebangsaan tidak perlu lapor diri untuk menjalani sesi latihan ketika rehat antarabangsa ini.
EXCL: Manchester United players and staff surprised at being given a week off by Ole Gunnar Solskjaer in wake of derby defeat | @ChrisWheelerDMhttps://t.co/MLxC9ANtN6 pic.twitter.com/oDKdNblnNQ
— MailOnline Sport (@MailSport) November 8, 2021
Bahkan, Ole Gunnar Solskjaer sendiri juga dikatakan tidak akan turun ke padang latihan Carrington sepanjang cuti satu minggu yang beliau berikan kepada semua anak-anak buahnya itu.
Pengurus sensasi Manchester United itu dikatakan terbang ke negara asalnya, Norway dengan jurugambar sempat mengambil gambar Solskjaer, isterinya, Silje dan anaknya Noah dan Elijah berada di lapangan terbang Manchester untuk terbang ke Kristiansund.
Solskjær pictured at Manchester airport before flying away for a short holiday #mulive [@TheSunFootball] pic.twitter.com/KmNomrNJfm
— utdreport (@utdreport) November 8, 2021
Raphael Varane perlu menjalani sesi rawatan kerana beliau sedang bergelut dengan masalah kecederaan hamstring, dan beliau akan sering berada di AON training Complex sepanjang rehat antarabangsa ini.
Sementara Marcus Rashford pula dikatakan bakal menjalani sesi latihan secara bersendirian selepas nama beliau disingkirkan dari skuad utama England, untuk aksi kelayakan Piala Dunia bertemu Albania dan San Marino.
United telah tewas dalam enam dari 12 perlawanan terakhir mereka, termasuk kekalahan memalukan bertemu Liverpool dan Manchester City dalam saingan Premier League di Old Trafford.
Setan merah akan berkunjung ke Vicarage Road pada 20 November nanti, untuk turun beraksi bertemu Watford dalam aksi saingan Premier League.
Man Utd's non-international players and staff surprised at being given a week off as Solskjaer returns to Norway https://t.co/ysBL4KcBkK via @MailSport #mufc
— Chris Wheeler (@ChrisWheelerDM) November 9, 2021
Ole Gunnar Solskjaer sepertinya akan tetap menjadi pengurus Manchester United dalam perlawanan tersebut, dan kedudukan beliau di Old Trafford masih selamat.
Sumber: SPORTbible