Bergaduh Lebih Penting, Piala Kerbau Tiada Dalam Sasaran Manchester United

Manchester United memilih untuk menyelesaikan isu perbalahan dan pergaduhan di segenap segi. Sehingga mereka sanggup meletakkan Piala Kerbau tiada dalam kepentingan mereka buat masa ini.

Sebelum perlawanan, Mourinho dan Pogba bergaduh dulu. Itu lebih penting daripada piala yang dianggap Mickey Mouse itu.

Pogba sebelum ini sempat membawang dengan wartawan menyatakan dia mahu menukar profesion. Dia dah bosan menjadi pekerja valet parking bas.

Lalu Pogba menyekolahkan Mourinho cara bermain bola sepak sebenar di Old Trafford. Menurut Pogba:

“Apabila bermain di tempat sendiri, kita perlu la bermain menyerang, ann.. ann.. ann..”

“Barulah lawan kita takut.”

“Kita kena terus attack, attack, attack.”

“Tapi siapalah saya ni kan. SPM pun tak ada. Saya bukan manajer. Jadi, saya tak boleh nak cakap lebih.”

Hubungan dingin antara Mourinho dan Pogba menyebabkan timbulnya pelbagai spekulasi mengenai masa depan Pogba

Lalu Mourinho yang sentap dengan Pogba telah mengambil tindakan drastik. Mourinho menyatakan yang Pogba selepas ini tak akan lagi merasai lilitan kapten Manchester United.

Ini kerana Pogba telah melakukan kesilapan menyalahkan orang lain di sebalik kegagalan pasukan mendapatkan keputusan.

Akibat terlalu asyik bergaduh, Mourinho telah menyingkirkan nama Pogba daripada pasukan. Itu sebagai pengajaran kepada pemain yang bersikap angkuh.

Pogba membalas dengan memberikan kiasan tuala good morning.

Pogba turut menghadiahkan peminatnya dengan video ringkas ini:

Sementara di media sosial, penyokong Setan Merah tidak berpuas hati dengan jadual padat Piala Kerbau ini. Ia bertindih dengan hari mereka mahu berbincang pasal Puskas.

Oleh itu mereka memang tak kisah akan perlawanan ini. Ada yang tak tahu pun ada perlawanan ini.

Ini kerana mereka lebih fokus bergaduh membincangkan Puskas berbanding dengan mahu menonton perlawanan ini.

Perlawanan ini memang tiada dalam sasaran mereka pada hari ini. Oleh itu, kekalahan kepada Derby ini tidak dirasai oleh mereka. Yang penting setelkan hal gaduh dulu.

Dalam aksi di Old Trafford, Mourinho melakukan beberapa pertukaran. Ini selepas David De Gea masih tak mahu keluar rumah selepas seri dengan Wolves.

Mourinho turut menurunkan Antohny Martial. Merehatkan pemain paling suka hilang bola Alexis Sanchez.

Bermula babak pertama, Manchester United sangat cemerlang. Manchester United mendahului menerusi Juan Mata.

Hasil gerakan membelah bumi yang cantik. Bermula daripada Martial dan dihantar dengan kemas oleh Lingard. Mata melakukan teknik sepakan yang kemas.

Namun agak mengecewakan pastinya Lukaku. Banyak betul peluang beliau pada separuh masa pertama dan juga ada la beberapa lagi pada separuh masa kedua. Kau apa tahu, sebab kau tak tengok perlawanan, fokus gaduh pasal Puskas kan.

Ramai yang menikmati aksi menarik Manchester United namun perangai Setan tu tetap ada, membazir peluang.

Lalu pada separuh masa kedua, Derby bangkit menyamakan kedudukan menerusi budak Liverpool yang sepanjang malam disindir pemain-pemain United kerana gol Puskas Salah yang buruk dan tak berkualiti.

Harry Wilson yang terlalu banyak mendengar troll pasal Puskas, telah terasuk dan menjaringkan gol ala Puskas menerusi sepakan percuma cantik.

https://twitter.com/Robbo887/status/1044684470815789056

Tidak lama selepas itu, Romero yang sudah lama tak bermain terasa janggal dan membuat kelakar menampan bola di luar kotak penalti. Itu adalah hadangan yang menafikan peluang gol. Memang kad merah la jawabnya.

https://twitter.com/D9INE_NEXUS_/status/1044685186242236416

Lee Grant cemerlang di hadapan gol. Dan pengurus twitter Manchester United pun mengambil kesempatan memuji penjaga gol baru mereka itu.

Tapi tak lama selepas memuji, Grant pun bocor. Tak boleh salahkan dia juga, kalau pertahanan yang tak betul.

Ketika Lampard sudah bersiap sedia meraikan kemenangan ke atas gurunya itu. Seperti biasa, senjata rahsia Manchester United, Fellaini mejaringkan gol pada masa kecederaan.

https://twitter.com/ManUtdTV/status/1044692594377314305

Pada penentuan penalti, kedua-dua pasukan sangat bagus. Akibat bosan lama sangat tunggu bila nak habis, lalu Phil Jones pun menamatkan saingan malam itu dengan menghantar bola kepada Carson. Jadi tamatlah saingan.

Manchester United tersingkir daripada Piala Carabao yang memang tiada dalam sasaran penyokong mereka.

Selepas tamat perlawanan, mereka akan menyambung perbualan tentang Puskas lagi selepas ini. Dan Jose Mourinho jelas kelihatan berpuas hati dengan kekalahan ini. Padan muka Pogba tak merasa bermain Piala Kerbau musim ini.

BACA:  Luis Diaz Antara 3 Penyerang Yang United Boleh Tandatangani Pada Januari Lalu