Ten Hag Laung Amaran Akan Kalahkan Brighton Dan Bawa Pulang Piala FA

Erik Ten Hag melaungkan amaran bahawa dia dan pemain pemainnya akan membawa pulang trofi Piala FA ke Old Trafford.

Ten Hag berkata sedemikian dalam satu ucapan selepas aksi menentang Newcastle pada aksi lalu.

Ten Hag diberikan mikrofon usb tanpa RGB untuk berucap di hadapan peminat Man United di Old Trafford.

Dia mengakui ini adalah musim yang sukar, namun berjanji akan membawa pulang Piala FA ke Old Trafford khas untuk peminat mereka.

Manchester United masih ada harapan bermain di eropah musim hadapan jika menang Piala FA. Aksi final di Wembley kelak mempertemukan Manchester United dengan kelab yang baru meningkat naik iaitu Manchester City.

Ten Hag dalam ucapannya berkata: “Saya dengar semua pengurus akan buat macam ni. Sebab tu saya rasa ini sangat penting. Ini adalah perlawanan terakhir kita di Old Trafford. Namun kita masih ada 2 perlawanan lagi di luar Old Trafford.

“Kami di sini mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang terus setia bersama kami. Kami sangat menhargainya, begitu juga kelab, sangat menghargainya.

“Kita semua dalam fasa sukar. Kelab ini masih dalam fasa peralihan dan keputusan dalam perlawanan sukar dijangka.

“Namun ada alasan di sebalik semua ini. Tetapi kami masih kecewa dengan musim hambar yang kita lalui.

“Tetapi, di sebalik musim mengecewakan ini, ada peningkatan ketara daripada beberapa pemain – Rasmus Hojlund, Amad Diallo, Alejandro Garnacho.

“Saya ni selalu gembira apabila budak budak muda ni membangun dengan sangat baik sepanjang musim ini. Saya kan dah kata sebelum ini, ada perkara yang baik akan berlaku. Perkara yang sangat sangat bagus.

“Ada potensi yang besar dalam kelab ini. Musim ini masih belum berakhir. Kita akan melawat Brighton untuk meraih 3 mata dan kemudian kita akan ke Wembley.

“Dan saya janjiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……….. kepada kamu, bahawasanya pemain pemain kita akan melakukan segalanya untuk membawa pulang piala itu ke Old Trafford.”

@supersportofficial

Erik ten Hag vows that his team will bring the FA Cup to Old Trafford. #manchesterunited #manunited #manutd #eriktenhag #tenhag #facup #premierleague

♬ original sound – SuperSportTV – SuperSportTV

Kenyataan Erik Ten Hag itu bergema di seluruh bandar Manchester. Dan ia pasti didengari peminat Man City yang sudah mulai ketar lutut.

Peminat Man United kedengaran bersemangat dan tak henti henti bersorak mendengar janji tersebut.

BACA:  Mourinho Yakin Manchester United Akan Kembali Ke 'Top 4' Tidak Lama Lagi