Erik Ten Hag Sudah Ada Pilihan Lain Jika Dipecat

Erik ten Hag dilaporkan sudah ada pilihan dan kelab baharu yang bakal disertainya sekiranya dipecat oleh Manchester United.

Masa depan pengurus dari Belanda itu di Old Trafford menjadi spekulasi media selepas prestasi tidak menentu Manchester United sepanjang musim ini.

Sehingga kini skuad Setan Merah telah tewas 11 aksi Premier League dan turut bergelut untuk melayakkan diri ke pertandingan Champions League pada musim hadapan.

United kini berada di kedudukan keenam Premier League, sembilan mata di bawah Aston Villa yang berada di kedudukan keempat.

Khabar angin bertiup kencang menyatakan pemilik minoriti Manchester United melalui INEOS yang diterajui Sir Jim Ratcliffe masih kurang yakin Ten Hag adalah individu tempat untuk memacu kelab itu terus ke hadapan.

Sir Dave Brailsford – Pengarah Sukan dari INEIS – dan Dan Ashworth – dijangka akan menyertai United sebagai Pengarah Bola Sepak – cenderung untuk melihat Gareth Southgate sebagai calon pengganti Ten Hag.

Nama-nama seperti Julian Nagelsmann, Zinedine Zidane, Roberto De Zerbi dan Graham Potter turut dikaitkan sebagai pengganti Ten Hag.

Wartawan terkenal Jerman, Christian Falk pula baru-baru ini mendedahkan Ten Hag sudah mempunyai pilihannya sendiri sekiranya meninggalkan United.

Bercakap kepada Sport BILD, Falk mendakwa Ten Hag sudah pasti berminat untuk menyertai Bayern Munich sebagai Ketua Jurulatih.

Teoti daripada Falk itu sebenarnya tidak mengejutkan. Ini kerana pada 2013 sehingga 2015, Ten Hag adalah Ketua Jurulatih Bayern Munich II.

Ketika itu Ten Hag dianggap sebagai antara jurulatih muda berpotensi di Eropah dan berjaya membawa pasukannya menjuarai Regionalliga Bayern pada musim 2013/14.

Ten Hag meninggalkan Bayern pada 2015 dan menyertai kelab Eredivisie, Utrecht sebelum berhijarah ke Ajax pada 2017.

Pada masa ini Falk menegaskan pengurusan tertinggi Bayern tidak melihat Ten Hag sebagai calon pengganti utama Thomas Tuchel pada musim panas akan datang, namun tetap memantau situasi Ten Hag di Old Trafford.

Tetapi ia mungkin berlaku sekiranya β€˜domino effect’, atau jika Bayern gagal memancing calon pilihan utama Xabi Alonso.

BACA:Β  Ferdinand: Lukaku Penyerang Idaman Setiap Pemain Pertahanan