Atletico Madrid Anggap Tanda Harga Mason Greenwood Luar Biasa Melampau

Atletico Madrid dilaporkan akan memikirkan semula keinginan mereka untuk mendapatkan Mason Greenwood pada jendela perpindahan musim panas ini selepas mengetahui tanda harga daripada Manchester United untuk pemain itu.

Penyerang berusia 22 tahun produk akademi United itu dilihat berpotensi meninggalkan Old Trafford secara tetap sebaik saingan musim ini berakhir, dan beberapa kelab utama Champions League turut mengikuti perkembangan Greenwood sejak beberapa bulan lalu.

Sejak meninggalkan United secara pinjaman pada musim panas lalu, pemain yang menjadi tunjang utama skuad Getafe kendalian Jose Bordalas itu telah mencetak lapan gol dan lima assist di semua pertandingan – walaupun pertama kali beraksi di Sepanyol.

Salah satu pasukan yang dikaitkan dengan Greenwood adalah Atletico Madrid. Diego Simeone dilaporkan berminat untuk membawa masuk pemain yang memiliki 1 kaps antarabangsa bersama England ke Stadium Metropolitano secara tetap pada musim panas ini sebaik kontraknya secara pinjaman bersama Getafe berakhir.

Laporan terbaru yang disiarkan oleh Mundo Deportivo bagaimanapun mendedahkan perpindahan tersebut kini menjadi semakin rumit selepas United meletakkan tanda harga yang dianggap tidak munasabah.

Laporan tersebut mendedahkan United miminta sekitar €58 juta untuk mana-mana kelab berminat mendapatkan khidmat pemain muda itu. Jumlah tersebut dianggap tidak munasabah dan melampau oleh kem Atletico Madrid.

Ini menjadikan masa depan Greenwood kini masih menjadi tanda tanya, tatkala United di bawah pentadbiran Sir Jim Ratcliffe kini turut terbuka untuk pemain itu kembali menyertai skuad kendalian Erik ten Hag.

“Itu adalah keputusan baru. Dia adalah pemain Man Utd” kata Ratcliffe dalam satu temubual pada bulan lalu.

“Saya boleh bercakap mengenai prinsip. Saya tidak bercakap mengenai Mason. Saya biasa dengan semua ini. Prinsip adalah perkara terutama untuk saya. Dan kita akan mengalami pelbagai isu lain selepas itu.

“Kita sedang berhadapan dan mengendalikan seorang pemain muda yang tidak dikembangkan dalam situasi terbaik, ada banyak wang tetapi tidak dibimbing dengan cara yang sepatutnya mereka terima.

“Apabila kita berhadapan isu sebegini kami harus memahami situasi sebenar dan bukan pengaruh luar lain untuk membuat keputusan yang tepat sesuai dengan nilai diamalkan oleh kelab ini. Itulah yang perlu kami lakukan [di United], dan demikianlah kami akan mengendalikan kes ini.”

BACA:  Sanchez Pilih Manchester United Untuk Menang Semua Piala Yang Ada