Man United Bolot Satu Lagi Penghargaan Selepas Menang Kategori Penghibur Terbaik

Manchester United berjaya menamatkan musim ini sebagai juara dalam kategori kelab paling berharga di dunia.

Manchester United memintas Real Madrid dari segi nilai kelab. Ini adalah hasil kerjasama semua pihak dan sokongan tidak berbelah bagi penyokong United ke atas kelab itu.

Sebelum ini Glazers dilaporkan mempertimbangkan semula usaha nak menjual kelab itu kerana memikirkan nilai kelab itu akan melonjak dalam masa terdekat.

Glazer awalnya nak jual kelab namun kata dua selepas itu. Mereka malah meletakkan tanda harga £6b yang dianggap terlalu mahal. Akhirnya kelab menerima rakan kongsi perniagaan iaitu INEOS yang memiliki 25% saham.

Glazers yakin kelab itu akan untung lebih besar dengan format baharu Piala Dunia kelab dan UCL selepas ini.

Kini United bernilai $9.43b pada pasaran. Mengatasi Real Madrid ($9.21b) dan Barcelona ($8.03b).

Liverpool meningkat naik jumlahnya kepada $7.77b di atas Bayern Munich ($7.3b) dan Man City pula dengan ($7.22b).

Kelab lain iaitu PSG, Arsenal, Spurs dan Chelsea melengkapkan senarai 10 teratas untuk senarai kelab paling bernilai pada ketika ini.

Kejayaan Manchester United menjadi kelab termahal ini menambahkan lagi anugerah mereka musim ini. Sebelum ini mereka menang kategori kelab paling menghiburkan di mata Ten Hag.

Pengurus itu bangga kerana United berjaya menjadi sumber hiburan peminat bola sepak seluruh dunia. Dia berkata begitu sebelum aksi menentang Palace.

Ten Hag menegaskan: “Kami adalah salah satu pasukan paling dinamik dan paling menghiburkan dalam liga pada masa ini,” Ten Hag memberitahu BBC Match of the Day.

“Kami mencipta banyak peluang dengan bermain bola sepak yang bagus. Setiap pasukan melepaskan peluang. Tetapi apabila terpulang kepada kami, ia pelik.”

Dan pada aksi menentang Palace, United benar benar memberikan hiburan kepada peminat bola sepak.

Manchester United turun dengan status sebagai pasukan paling menghiburkan dan paling bernilai pada minggu ini ketika menentang Arsenal.

United juga berpeluang menjulang piala paling berprestij di England iaitu Piala FA yang merupakan piala tertua di dunia.

BACA:  Solskjaer Beri Bayangan Akan Ada Pemain Baru Dibawa Masuk Pada Januari Nanti