Peminat Manchester United U-Turn Balik Ke Wembley Kerana VAR

Penyokong Manchester United membuktikan bahawa VAR sentiasa dekat di hati mereka. Ini kerana, VAR sahaja yang mampu memanggil mereka untuk u turn balik ke Wembley setelah ramai berpusu pusu keluar.

Pada masa kecederaan 120+1, Coventry mencetak gol keempat. Ketika itu ramai peminat United terus beredar meninggalkan Wembley kerana kecewa.

Peminat mereka menganggap itu adalah pengakhiran perjuangan mereka walaupun wisel penamat masih belum dibunyikan sama sekali.

Selain itu, Coventry turut memikirkan bahawa mereka sudah mara ke final Piala FA 2023/24. Coventry berkeringat mengejar United daripada kedudukan ketinggalan 3-0. Untuk menyamakan kedudukan 3-3.

Kemudian perlawanan belarutan ke masa tambahan 30 minit. Di mana Torp menjaringkan gol pada minit akhir masa kecederaan.

Malangnya gol itu disemak menerusi VAR dan dibatalkan kerana ofsaid. Ketika mendengar VAR membatalkan gol itu, peminat United yang berada di luar Wembley sepenuh hati kembali semula ke dalam Wembley.

Kerana mereka tidak mahu terlepas aksi penentuan penalti. Video tersebut menjadi tular di media sosial.

Usaha mereka untuk kembali ke Wembley itu bukan mudah. Ada yang terjatuh tersembam.

Pada penentuan penalti Man United menang 4-2 ke atas pasukan liga bawahan yang telah membuat kejutan dalam Piala FA pada musim ini.

Lawan mereka adalah pasukan adik iaitu Manchester City yang juga juara bertahan. Di mana Man City menewaskan Chelsea dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Gol tunggal Bernardo Silva dah cukup untuk membolehkan pasukan Man City mara ke final.

Erik Ten Hag kini meneruskan rekod cemerlang layak ke final untuk dua musim berturut turut sejak menyertai Manchester United. Musim lalu United menamatkan kempen mereka sebagai juara Piala Carabao.

Jika musim ini mereka berjaya memenangi Piala FA, maka musim hadapan pastinya EPL dalam genggaman mereka. Jelas perancangan mereka adalah memenangi piala mengikut urutan.

Piala FA adalah penting untuk United mengesahkan slot mereka di kejohanan Eropah musim hadapan. Namun mereka masih dalam perjuangan untuk berada di Liga Juara Juara Eropah.

Berdasarkan format kelayakan terbaru, Man United masih boleh mensasarkan untuk mara ke UCL dengan berada di tangga kelima.

BACA:  Ten Hag: Man Utd Kalah Disebabkan Pengadil Dan VAR Tak Function Dengan Betul