Seorang penyokong Chelsea telah menerima akibat kerana sengaja berlagak samseng di kawasan penyokong West Ham United.
Dia bersama rakannya bertelagah dengan penyokong West Ham.
Salah seorang memakai baju Stone Island terus terasa abang long kawasan London la tu. Acah gangster.
Insiden itu berlaku sebelum sepak mula antara Chelsea dan West Ham semalam.
Seorang jejaka fans Cheslea yang berambut perang berterusan mengasak ke arah penyokong West Ham.
Dia kedengaran biadap dengan seorang penyokong yang lebih berusia.
Dia menjerit: “Kamu dah berusia 50 tahun wekkk”
Dan akhirnya dia mendapat tumbukan yang padu.
Tumbukan pertama terkena kepalanya, dia terus pergi ke depan dan mencabar seorang penyokong yang dilihatnya pendek dan renek je berbanding dia.
Namun tumbukan kedua upper cut itu membuatkan dia terus tak sedarkan diri pergi ke alam sebalik mata.
Chelsea get battered everywhere they gooooo pic.twitter.com/mIg4sBCCOV
— West Ham Transfers (@westhamtransfer) February 11, 2023
Para peminat di media sosial bukannya kasihan, malah menyatakan berpuas hati melihat penyokong biadap itu makan penumbuk.
Dari segi kelakuannya, ramai yang merasakan dia seorang anak yang kurang ajar.
Seterusnya, dilaporkan penyokong West Ham tersebut ditahan polis kerana mencederakan penyokong Chelsea.
Penyokong Chelsea tersebut kelihatan berdarah teruk di hidungnya dan menjadi biul seketika.
Dia tidak dapat menghadiri perlawanan itu dan terpaksa dirawat di klinik desa cawangan London. Dia dibawa dengan kerusi roda, merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Itulah insiden yang berlaku di luar padang.
Insiden itu mendapat perhatian Reece James yang menasihati penyokong Chelsea yang bertandang ke gelanggang lawan agar sentiasa kekal dalam kumpulan penyokong lawan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Bukannya pecah dari kumpulan dan pergi menganjing orang lain, walaupun perlawanan tersebut derbi sebandar.
Reeece James berkata: “Saya sangat faham dengan semangat perseteruan dalam perlawanan besar, namun keganasan bukan jawapannya.”
The news has crossed my attention that a fan was punched & knocked out before todays game.
I totally understand rivalry between teams in big games but violence is no answer. I hope he’s okay.
Appreciate the traveling fans as always. Stick with us & stay safe. See u in Dortmund.
— Reece James (@ReeceJames) February 11, 2023
Reece James kemudian menggunakan kata kata keramat ‘Kumpulan kita jangan berpecah’.
“Saya harap dia ok. Saya hargai penyokong yang datang melawat ke tempat lawan. Sentiasa berada kami dan kekal selamat. Jumpa lagi di Dortmund.”
Di atas padang, pasukan yang membelanjakan wang membeli pemain seperti membina kos lebuhraya itu sekali lagi gagal mencapai kemenangan.
Chelsea terikat 1-1 dengan West Ham United.
Kali ketujuh Chelsea gagal mencatatkan sebarang kemenangan di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Graham Potter yang sudah mendapat pemain pemain bintang yang dia suka seperti bermain Football Manager, hanya melihat pasukannya gagal menjaringkan lebih banyak gol.
Chelsea mendahului menerusi Joao Felix hasil umpanan Enzo Fernandez.
Namun jiwa The Blues bagai dicarik carik dan dirobek kerana tidak lama selepas itu bekas pemain mereka, Emerson Palmieri menjaringkan gol penyamaan.
Perlawanan berakhir dengan 1-1.
Chelsea kini dalam risiko kehilangan tempat di UCL musim hadapan terutama sekali selepas mereka memborong ramai pemain bintang mahal pada jendela perpindahan Januari 2023.
Mereka membeli sesiapa sahaja yang mereka boleh beli. Berbelanja lebih €320 juta dalam jendela perpindahan lalu.
Buat masa ini, Potter masih bergelut untuk membentuk pasukan berdasarkan gandingan pemain pemain bintang harapannya.
Graham Potter malah menyindir West Ham dengan mengucapkan tahniah kepada Soucek kerana melakukan ‘save’ yang hebat.
Merujuk kepada insiden bola terkena tangan pemain itu yang menafikan peluang gol Chelsea. Malah tiada penalti diberikan pengadil.
Graham Potter dilantik menjadi pengurus Chelsea menggantikan Thomas Tuchel.
Walaupun berdepan kesukaran pada permulaan kariernya di Chelsea, namun Potter menyatakan dia tak panik kerana pengurusan terttinggi sentiasa menyokongnya.
Todd Boehly malah dikatakan sedia untuk terus berbelanja lagi demi Potter selepas ini.