Newcastle sebelum ini meletakkan tanda harga £115 juta untuk Alexander Isak kepada mana mana pasukan yang mahukan pemain tersebut.
Harga tersebut dianggap tanda kelab itu tak mahu menjual Isak jika tidak ada tawaran luar biasa.
Tanda harga itu menarik perhatian Chelsea yang pernah membayar angka yang sama untuk membeli Moises Caicedo. Chelsea malah sedia untuk memecahkan rekod perpindahan Inggeris itu untuk mendapatkan Isak.
Chelsea musim lalu menamatkan saingan di tangga keenam. Itupun sebab prestasi luar biasa mereka selepas Disember. Walaubagaimanapun, nasib malang buat mereka kerana slot UEL dirampas Man United saat akhir kerana skuad Erik Ten Hag menang Piala FA menewaskan Man City.
Chelsea yang sudah berbelanja besar sejak ketibaan Todd Boehly di kelab itu sedia untuk membeli seorang lagi pemain dengan harga luar biasa.
Isak dianggap penyerang yang akan melengkapkan puzzle di serangan untuk Chelsea. Kini mereka sudah ada Cole Palmer yang boleh bermain di bahagian serangan sayap.
Isak akan menjadi pemain no.9 dalam sistem serangan mereka. Chelsea sedia untuk memulakan rundingan mendapatkan Isak.
Malang sekali usaha itu tergendala seketika. Ianya selepas Newcastle tiba tiba meletakkan harga Isak naik lagi menjadi £200 juta.
Chelsea tidak gembira kerana ternyata Newcastle nak picit mereka. Mentang mentang Chelsea adalah kelab yang suka membayar harga tinggi.
Fabrizio Romano melaporkan rundingan mungkin tak akan berlaku kerana faktor tanda harga. Newcastle menegaskan Isak adalah pemain penting kelab dan pemain itu gembira bersama mereka.
Chelsea turut dikaitkan dengan Olise dan Nico Williams. Dan kelab kelab pemilik pemain tersebut turut meletakkan harga yang sangat tinggi membuatkan Chelsea menarik brek dulu ketika ini.
Chelsea tidak mahu menjadi mangsa diambil kesempatan oleh kelab lain yang meletakkan harga terlalu tinggi untuk menjual pemain kepada mereka.
Chelsea juga masih berusaha untuk menjual beberapa pemain mereka dalam usaha mereka mahu mengimbangi akaun FFP kelab itu.
Namun semua urusan ketika ini ditangguhkan untuk memberikan laluan kepada UEFA Euro.