Tamatka Musim Di Tempat Keenam, Pochettino Ditamatkan Kontrak Oleh Chelsea

Gara gara menamatkan kempen di tangga keenam musim ini, Pochettino ditamatkan kontrak oleh Chelsea. Walaupun dia cemerlang bersama The Blues pada separuh kedua musim ini.

Pemilik bersama Chelsea Behdad Eghbali tidak sependapat dengan Todd Boehly tentang Pochettino – menurut laporan The Guardian.

Di mana Boehly berpuas hati dengan Pochettino yang menunjukkan dia mampu membangunkan pemain pemain muda berbakat di Chelsea.  Terutama sekali Cole Palmer.

Eghbali pula sudah lama tidak sehaluan dengan Pochettino. Sejak pengurus itu meminta lebih kuasa dalam urusan pengurusan pemain. Pochettino mahu kuasa lebih besar dalam menentukan pemain sasaran perpindahan.

Namun Chelsea sebelum ini sudah membeli terlalu ramai pemain muda dan Pochettino diminta fokus kepada membangunkan pemain muda tersebut berbanding cuba mendapatkan pemain baharu.

Kegagalan Chelsea ke UCL membuatkan Pochettino sebelum ini dianggap Eghbali sebagai mengecewakan. Walaupun pengurus itu masih mampu membantu Chelsea menamatkan saingan di tangga keenam dengan kemenangan pada hari terakhir EPL.

Pochettino turut membimbing Chelsea mara ke final Piala Carabao, namun kalah di tangan Liverpool pada final.

Seterusnya dia turut membantu Chelsea mara ke separuh akhir Piala FA 2023/24. Langkah The Blues tersekat di separuh akhir.

Pochettino dan Chelsea mencapai kesepakatan untuk tidak lagi bekerjasama. Semua staf kejurulatihan Pochettino akan mengikut jejak pengurus itu meninggalkan Stamford Bridge selepas ini.

Chelsea akan melantik pengurus baharu mereka dalam masa terdekat. Antara nama dikaitkan dengan Chelsea ialah Kieran McKenna menurut laporan Axello.net.  – yang memetik laporan daripada The Guardian.

McKenna bekas pembantu Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer ketika di Man United telah menjadi pengurus yang membantu Ipswich Town kembali semula ke Liga Perdana Inggeris.

Nama lain yang dalam pertimbangan Chelsea ialah Thomas Frank dan juga Vincent Kompany.

Apa yang pasti, Chelsea mahu pengurus baharu mereka fokus kepada membangunkan pemain bintang yang mereka ada. Walaupun ada beberapa nama seperti Raheem Sterling dibenarkan untuk dijual jika pengurus tidak mahu menggunakan mereka lagi.

Siapakah yang bakal menjadi pengurus baharu Chelsea? Mana tahu, Gus Hiddink keluar daripada persaraan?

BACA:  'The Next Drogba' Tinggalkan Chelsea Untuk Sertai Crystal Palace Secara Pinjaman