Mana Penalti Kami? Soal Pochettino

Mauricio Pochettino kecewa kerana pasukannya tidak mendapat penalti. Dan ianya menjadi punca kenapa Chelsea tersingkir daripada separuh akhir Piala FA 2023/24.

Chelsea tewas 1-0 di tangan adik Manchester United iaitu Manchester City. Di mana aksi final nanti berpotensi menjadi pertembungan harmorni antara keluarga melibatkan adik abang Manchester.

Bernardo Silva menjaringkan gol tunggal perlawanan. Namun Chelsea ada penalti yang mereka minta namun dinafikan oleh pengadil. Lebih memeranjatkan VAR tidak menyemak insiden bola terkena tangan Grealish itu.

Lantas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mempersoalkan apa gunanya ada VAR jika masih tidak dapat memberikan kebenaran dan keadilan di atas padang.

Jika mereka diberikan penalti pastinya ianya akan mengubah keadaan dan membolehkan mereka memberikan tekanan kepada Man City.

Sebagai rekod, Chelsea adalah pasukan paling banyak diberikan penalti dalam EPL musim ini sehinggakan Cole Palmer mengatasi gol Haaland kerana bantuan jumlah gol daripada penalti.

Namun itu bukan alasan untuk menafikan penalti Chelsea dalam kempen Piala FA ini yang boleh menjadi tiket mereka ke eropah musim hadapan jika berjaya menjulangnya.

Bekas pengendali Spurs dan PSG itu berkata: “Mungkin awak semua ada sudut pandangan lebih baik? Dari tepi, ianya susah saya nak tengok. Saya ada bercakap dengan pengadil kerana staf saya cakap itu penalti.

“Saya tanya dia kenapa tidak semak penalti itu guna VAR? Apa gunanya kita ada VAR? Bila saya berjumpa dia selepas tu, dia pun angguk angguk je, jadi kita move on je la.”

Bercakap tentang Nicolas Jackson yang dikecam ramai penyokong Chelsea. Pochettino berpuas hati dengan prestasi pemain itu walaupun dia tidak menjaringkan gol.

Chelsea selepas ini akan berdepan dengan bakal juara EPL musim ini musim 2023/24 iaitu Arsenal yang dibimbing oleh Mikel Arteta.

Arsenal ketika ini di puncak liga selepas kemenangan bermaruah ke atas Wolves semalam. Di mana Trossard dan Martine Odegaard mencetak 2 gol tanpa balas di Molineux.

Selepas itu Chelsea akan berdepan dengan calon ke UCL musim depan, Aston Villa dan bekas kelab Pochettino iaitu Spurs dalam derbi London.