Marina Granovskaia yang pernah menjadi antara wanita paling berpengaruh di dalam dunia bola sepak apabila menjawat jawatan CEO Chelsea kini dipersoal selepas dia didapati mengetahui semua urusan ‘bawah meja’ ketika era pemilik lama, Roman Abramovich.
Urusan bawah meja dimaksudkan dipercayai melibatkan bayaran jutaan pound dalam bentuk yuran perpindahan yang tidak tercatat di dalam akaun secara rasmi, termasuk bayaran kepada ejen Eden Hazard yang didedahkan pada tahun lalu selepas sebuah dokumen sulit di Cyprus dibocorkan.
Marina Granovskaia linked to secret payments by former Chelsea owner Roman Abramovich https://t.co/zLeQrPvVFp
— Guardian sport (@guardian_sport) March 25, 2024
Urusan tersebut turut melibatkan bayaran perpindahan untuk Chelsea mendapatkan William dan Samuel Eto’o.
Menurut dokumen tersebut Granovskaia telah dimaklumkan mengenai transaksi rahsia yang dibayar kepada ejen Hazard, John Bico, dan juga perpindahan William dan Eto’o.
Dokumen sama turut mendedahkan sebuah syarikat pesisir pantai yang mempunyai kaitan dengan Abramovich telah memberikan Granovskaia pinjaman peribadi berjumlah £7.5 juta untuk membeli sebuah kediaman di Fulham.
🔺 NEW: The former Chelsea director Marina Granovskaia was sent information about secret payments to offshore entities related to the signings of several players during the Roman Abramovich era, according to leaked documents
Read the full story ⬇️ | ✍️ @martynziegler
— Times Sport (@TimesSport) March 25, 2024
Granovskaia turut dikatakan menerima sejumlah £1.63 juta untuk bayaran kewangan lain termasuk cukai dan bayaran perundangan.
Granovskaia meninggalkan Chelsea selepas dua minggu Todd Boehly melalui Clearlake Capital mengambil alih kelab itu pada Mei 2022. Dia turut menerima ganjaran £35 juta atas peranannya menjual kelab tersebut.
Chelsea kini dianggap sebagai kelab yang berada di dalam krisis selepas penyokong The Blues melancarkan perang ke atas Lembaga Penasihat Penyokong (kelab penyokong rasmi) kerana memepertahankan Boehly yang dianggap menjadikan kelab itu sebagai bahan jenaka.