Amukan Chelsea Benam Middlesbrough 6-1 Untuk Mara Ke Final EFL Cup

Chelsea bangkit dengan amukan untuk membenam Middlesbrough 6-1 untuk mara ke final EFL Cup dengan agregat 6-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stamford Bridge.

Dalam separuh akhir pertama Chelsea telah dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada pasukan bimbingan Legenda Manchester United, Michael Carrick, mujurlah ada perlawanan timbal balik.

Anak buah Mauricio Pochettino telah menyamakan kembali defisit kepada 1-1 selepas hanya 15 minit permainan apabila pemain saya Boro, Jonny Howson menjaringkan gol sendiri.

Enzo Fernandez menggandakan kedudukan pada minit ke-29 dan dua gol lagi ditambah sebelum tamat separuh masa pertama melalui Axel Disasi dan Cole Palmer untuk kedudukan 4-0.

Permainan nyata menjadi milik Chelsea, pada minit ke-77, Cole Palmer menjaringkan gol kedua peribadi sebelum Noni Madueke yang masuk menggantikan Mykhailo Mudryk melengkapkan gol keenam.

Morgan Rogers menjaringkan gol saguhati Boro di Stamford Bridge dua minit sebelum permainan tamat untuk melihat Chelsea mara ke perlawanan akhir.

Lawan Chelsea di perlawanan akhir sudah pastinya Liverpool yang akan turun untuk separuh akhir kedua menentang Fulham dengan agregat 2-1 melainkan ada kejutan besar terjadi.

Ini merupakan perlawanan akhir EFL Cup yang ke-10 buat Chelsea dalam sejarah kelab dan Liverpool merupakan pasukan paling banyak ke final sebanyak 13 kali dan bakal menjadi 14.

Chelsea: Petrovic, Disasi, Thiago Silva, Colwill, Chilwell, Caicedo, Fernandez, Palmer, Mudryk, Sterling, Broja.

Pemain Simpanan: Badiashile, Madueke, Chukwuemeka, Gallagher, Deivid Washington, Gilchrist, Bergstrom, Castledine, Curd.

Middlesbrough: Glover, Clarke, Fry, van den Berg, Engel, Crooks, Barlaser, Howson, Hackney, Forss, Rogers.

Pemain Simpanan: Gilbert, Dijksteel, McNair, Coburn, O’Brien, Jamie Jones, McCabe, Bridge, Akono Bilongo.

Pengadil: John Brooks (Leicestershire).

BACA:  Rangkuman Aksi Luar Biasa Menakjubkan Silva Bertemu Tottenham Hotspur