Peminat Pelangi Chelsea Kecewa Dengan Chant ‘Chelsea Rent Boys’

Kumpulan peminat Chelsea Pride yang merupakan kumpulan peminat pelangi kelab itu telah mengecam laungan dianggap h***fobik oleh peminat Nottingham Forest dalam pertemuan kedua dua pasukan.

Chants tersebut sangat jelas kedengaran pada separuh masa pertama perlawanan Liga Perdana The Blues menentang Nottingham Forest di City Ground.

Beberapa saat selepas Chelsea mendahului dalam aksi Ahad lalu, laungan “Chelsea rent boys” kedengaran di lapangan dan di liputan televisyen Sky Sports.

Laungan itu sudah rasmi ditakrifkan pada Januari 2022 sebagai jenayah kebencian oleh Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota di London, dengan Chelsea merupakan kelab yang benar benar mengalu-alukan keputusan itu pada masa itu.

Chelsea Pride, yang menggambarkan dirinya sebagai pertubuhan LG**Q+ rasmi kelab dan Kumpulan Penyokong Rakan Kelab, berkata laungan seperti itu tidak boleh diterima.

Kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan: “Kami benar-benar mengecam nyanyian Chelsea Rent Boy yang boleh didengari di kawasan bandar. Masa untuk menyatakan ini permainan ini secara langsung di @SkySportsPL Ini kini diklasifikasikan sebagai jenayah kebencian.”

Organisasi Pride In Football menyokong reaksi Chelsea Pride itu dengan menyatakan: “Kami sangat kecewa apabila mendengar bahawa *suatu hari* pada tahun 2023 dan masih terdapat h***fobia yang didengari pada perlawanan bola sepak.”

“Jika anda mendengar seseorang di sekeliling anda hxxxfobia, panggil mereka keluar. Kita perlu menendang mereka ini daripada bola sepak. Ini tidak boleh dibiarkan!”

Kumpulan peminat pelangi Notthingham Forest turut mengecam mereka yang bertanggungjawab dan meminta tindakan polis.

Mereka berkata dalam respons kepada Chelsea Pride: “Daripada semua peminat #NFFC yang tulen, sila terima permohonan maaf kami, bukan sahaja kami berharap @NottPolFootball akan melakukan yang terbaik untuk mengambil tindakan, kami berharap @NFFC mengeluarkan kenyataan yang membenarkan perkara ini dan mengambil tindakan yang perlu.”

“Kami malu dan sangat malu.”

Forest kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka turut kecewa dengan tindakan banter penyokong mereka sendiri ke atas peminat Chelsea.

Kes ini mendapat perhatian daripada FA. Dan pastinya Forest akan berdepan dengan masalah memandangkan FA Inggeris merupakan penyokong tegar kempen pelangi.

Kenapa peminat di EPL suka bersorak Chelsea Rent Boys?

Sebenarnya, ia adalah chants yang sudah wujud sejak 1980-an lagi. Boleh dikatakan chants itu ada di mana mana sahaja Chelsea pergi sehingga kini.

Namun dengan kempen pelangi yang semakin memuncak, chants itu sudah dianggap penghinaan kepada mereka yang mengamalkan hubungan sesama jantina.

Rent boy merujuk kepada pelacur lelaki. Dan satu berita melaporkan, ketika satu serbuan, terdapat hooligan Chelsea yang ditangkap bersama sama dengan pelacur lelaki.

Chelsea yang ketika itu memiliki kumpulan hooligan yang bergelar Chelsea Headhunters telah menjadi ejekan daripada penyokong kelab lain.

Chelsea Headhunters juga dikenali dengan satu lagi gelaran Chelsea Aggro. Namun selepas peristiwa itu peminat di bandar Liverpool dan Manchester menggelarkan Aggro sebagai rent boys.

Satu lagi peristiwa yang membuatkan rent boys terus dikaitkan dengan Chelsea adalah di sebuah lorong di London, berdekatan Stamford Bridge memang tempat lelaki jual maruah ini mencari makan.

Dahulu peminat Chelsea hanya tadah telinga mendengar chants itu. Namun selepas mereka kaya raya di bawah pemilikan Roman Abramovich, mereka menjadi sebahagian kelab besar di Inggeris dan mulai menentang dengan terbuka gelaran itu.

Bagi peminat pelangi di London pula mereka melihat konteks itu sebagai penghinaan dan akhirnya memenangi kes mahkamah untuk mengisytiharkan chants itu adalah jenayah berbaur ho****bia.

BACA:  Mourinho: Hazard Dialu-alukan Untuk Menyertai Manchester United