Pochettino: “Kami Skuad Muda, Projek Untuk Masa Depan”

Mauricio Pochettino menjadikan alasan pasukannya dibarisi pemai pemain muda sebagai punca mereka kalah di tangan Liverpool.

Lalu dia meminta media jangan berlebihan nak membandingkan pasukannya dengan Liverpool.

Chelsea mempersia siakan peluang untuk mara ke eropah menggunakan laluan kejuaraa Piala Carabao. Ini selepas mereka kalah di tangan Liverpool dalam aksi final di Wembley.

Jurgen Klopp terpaksa kehilangan khidmat pemain pemain seperti Mohamed Salah, Darwin Nunez, Diogo Jota, Trent Alexander-Arnold, dan Dominik Szoboszlai.

Namun Liverpool berjaya menewaskan Chelsea hasil jaringan tunggal kapten pasukan, Virgil Van Dijk. Yang menjadikan ini piala pertama dijulangnya sejak bergelar kapten sepenuh masa Liverpool yang baharu musim ini.

Pochettino kecewa ramai pihak cuba mengungkit kekalahan Chelsea di tangan Liverpool setelah Todd Boehly berbelanja lebih £1 billion dalam 3 jendela perpindahan sebelum ini.

Pochettino mengingatkan media bahawa skuad Liverpool sudah stabil sementara pasukannya rata rata pemain pemain muda.

Dia berkata: “Kami pasukan muda dan tidak ada apa apa kalau nak dibandingkan dengan Liverpool hanya kerana mereka juga menamatkan aksi dengan beberapa pemain muda.

“Mustahil nak membandingkannya dan mereka tahu tu. Mereka tahu bahawa dinamik adalah berbeza. Namun kami terus kental berjuang dan percaya dengan projek ini dan tengoklah suatu hari nanti apa yang kami boleh lakukan di masa hadapan.

Pohecttino kini di dalam tekanan untuk memenangi hati peminat peminat Chelsea. Ini selepas pencapaian terumbang ambing The Blues dalam liga dan kini tersingkir pula dari Piala Carabao.

Chelsea mencatatkan rekod tidak diingini. Dengan menjadi pasukan Inggeris pertama kalah dalam kesemua 6 final pertandingan piala secara berturut turut.

Peminat benar benar kecewa sehingga ada yang menyatakan bahawa ‘dewa bola sepak tak boleh dah nak bagi team yang lebih lemah lagi untuk Pochettino’.

Mereka juga menagih janji Pochettino yang sebelum ini mahu memenangi semua piala bersama Chelsea.

Walaupun dihujani kritikan, masih ramai lagi peminat percaya bahawa Pochettino adalah pengurus yang sangat tepat untuk Chelsea ketika ini.

Dan meminta Todd Boehly terus memberikan sokongan kepada pengurus tersebut.

BACA:  Rombakan Skuad, Chelsea Sedia Lepaskan 11 Pemain Pada Musim Panas Ini