Adama Traore Memberi Amaran Kepada Pemain Pertahanan Dalam Saingan Premier League

Adama Traore mempunyai ciri fizikal seperti seorang pemain ragbi, atau mungkin seperti seorang penggusti kelas Heavyweight dan mempunyai kepantasan seperti seorang pelari pecut namun beliau masih tidak berpuas hati dengan apa yang dimilikinya.

Bahkan, pemain sayap Wolves itu telah melakukan latihan lebih intensif ketika perintah lockdown dan badannya menjadi semakin sasa.

Beliau menjalani latihan dengan penuh sangat dan gigih hingga mendapat bentuk badan idamannya dan beliau akan kembali beraksi dalam saingan liga dengan lebih garang.

Beliau sebelum ini telah dipilih sebagai pemain paling pantas dalam saingan premier league dan agak menakutkan untuk pemain pertahanan mengawasinya dalam sesebuah perlawanan dengan fizikal dan kepantasan yang beliau miliki.

“Kami sudah bekerja keras untuk mendapatkan kembali tahap kecergasan terbaik para pemain. Tenaga kejurulatihan memberikan kami sedikit rancangan dan aktiviti yang perlu kami lakukan ketika duduk di rumah.”

Jelas Adama Traore melalui laman rasmi Wolves.

“Sekiranya anda memiliki gym peribadi di rumah, anda boleh mengekalkan kecergasan yang sama dengan ketika anda berada di atas padang.”

“Tetapi saya fikir setiap pemain dalam pasukan sudah bekerja keras dengan sendirinya di rumah masing-masing dan mereka akan kembali lebih cergas dari biasa.”

“saya telah bekerja lebih keras di rumah dan saya telah menggunakan rancangan dan program yang mereka beri kepada kami, kerana bagi diri saya sendiri, saya mahu menjadi yang terbaik yang saya mampu, jadi apabila saya kembali beraksi atas padang, saya boleh menjadi lebih pantas dari sebelumnya.”

Traore musim ini telah berjaya menjaringkan empat gol dan mencatatkan tujuh assist, beliau mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan fizikal yang besar untuk menewskan lawannya.

Beliau mengalami sisi perubahan sosok tubuhnya dari berbadan sederhana tegap menjadi katang seperti penggusti kelas Heavyweight.

Tetapi apa yang luar biasanya, beliau mendapat bentuk badan sebegitu tanpa menggunakan alatan mengangkat berat dan beliau tidak memerlukan beban untuk mendapat bentuk badan begitu.

Ketika latihan, Adama Traore dilaporkan tidak menggunakan sebarang alat bebanan seperti dumbbells atau barbells.

“Saya menjalani latihan setiap hari dengan jurulatih fizikal saya, ramai yang bertanya sekiranya saya mengamalkan mengangkat berat atau di sosial media ramai yang bertanya apa yang saya lakukan dan apa yang saya ambil, tetapi saya tidak, saya cuma menjalani latihan fizikal sahaja, saya tidak menggunakan beban untuk otot saya kerana otot saya naik dengan begitu cepat.”

“Tidak, saya tidak pernah mengangkat sebarang bebanan. Saya tahu ramai tidak percaya tetapi ianya betul.”

Jelasnya kepada MARCA.

BACA:  Xavi Berjaya Manfaatkan Penandatanganan Januari Untuk Bantu Barca Kembali Menjadi Gergasi Dunia Bola Sepak