Sadio Mane menjaringkan gol kemenangan untuk bantu Senegal menewaskan Egypt 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti, seterusnya menjulang kejuaraan AFCON pertama dalam sejarah mereka.
Senegal turun bertemu Egypt dalam aksi perlawanan akhir Africa Cup Of Nations di Cameroon awal pagi tadi.
Egypt mara ke perlawanan akhir selepas bergelut untuk menewaskan pasukan tuan rumah Cameroon, menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat separuh akhir.
SADIO MANE SCORES AND SENEGAL ARE AFCON CHAMPIONS!!!!
Senegal ✅✅❌✅✅
Egypt ✅❌✅❌#AFCON2021 https://t.co/LhSPBexH7c— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 6, 2022
Sementara Senegal pula mereka layak ke aksi perlawanan akhir selepas kejayaan membelasah Burkina Faso 3-1 sehari sebelum aksi Egypt bertemu Cameroon.
Penjaga gol simpanan Egypt, Mohamed Abou Gabal atau lebih dikenali sebagai Gabaski telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang perlawanan ini.
Beliau bukanlah penjaga gol pertama untuk Mesir di kejohanan kali ini, namun beliau merupakan individu penting yang membantu Egypt untuk mara ke aksi perlawanan akhir.
Gabaski berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika aksi penentuan sepakan penalti bertemu Cameroon di peringkat separuh akhir.
Beliau meneruskan rentak kecemerlangannya ketika turun beraksi bertemu Senegal awal pagi tadi, dengan Gabaski tenang menafikan sepakan penalti yang diambil oleh Sadio Mane pada awal aksi babak pertama permainan.
Sadio Mane made sure to console Mo Salah after he sealed Senegal’s #AFCON2021 victory over Egypt ❤️ pic.twitter.com/rClbbOR0Cy
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 6, 2022
Hasil bantuan dari Mohamed Salah yang terlebih dahulu memberitahu Gabaski ke mana arah bola tendangan Mane, penjaga gol kedua Egypt itu tenang menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi.
Walau bagaimanapun, Mane akhirnya berjaya membalas dendam atas kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti itu, dengan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk Senegal ketika aksi penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol utama Chelsea, Edouard Mendy cemerlang menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Mohamad Lasheen, dan Mane sebagai pengambil sepakan terakhir berjaya melaksanakan tugasnya dengan sempurna.
Sebaik meledak gol, Mane berlari penuh kegembiraan meraikan kejayaan beliau membantu Senegal menjuarai gelaran AFCON pertama dalam sejarah mereka.
Para pemain Senegal turut mengejar bintang Liverpool itu untuk meraikan kejayaan tersebut bersama-sama dan mereka jelas nampak benar-benar gembira dengan kejayaan tersebut.
After Senegal were awarded a penalty against Egypt, Mohamed Salah appeared to tell his 'keeper what way Sadio Mane would go.
He saved the penalty 🤯 #AFCON pic.twitter.com/RfgLS9XS4u
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 6, 2022
Satu hal yang pasti, ia merupakan detik terindah untuk pengurus skuad kebangsaan Senegal, Aliou Cisse yang pernah gagal sempurnakan sepakan penalti ketika aksi perlawanan akhir AFCON bertemu Cameroon pada tahun 2002 yang lalu.
Gagal membantu Senegal memenangi gelaran AFCON sebagai seorang pemain, kini beluau berjaya membantu skuad kebangsaannya untuk menjuarai AFCON sebagai seorang pelatih.
Aliou Cissé has collapsed, on the ground weeping
This means so much to him pic.twitter.com/vU0Sp8nAeN
— Maher Mezahi (@MezahiMaher) February 6, 2022
POETIC JUSTICE! 👏🏾
20 years ago as captain of Senegal, Aliou Cisse and the Teranga Lions lost to Cameroon in the AFCON 2002 final and now in Cameroon, he leads Senegal 🇸🇳 to their first ever AFCON trophy as coach.
Success might delay but it can never be denied with consistency. pic.twitter.com/J2uqDy2xAc
— Usher Komugisha (@UsherKomugisha) February 6, 2022
Mane kemudiannya dilihat cuba memujuk dan menenangkan rakan sepasukannya di Liverpool, Mohamed Salah yang menangis kerana gagal membantu Egypt menjuarai AFCON 2021.
Perlawanan akhir yang sungguh menarik dan tidak dinafikan skuad Mesir mempunyai tenaga yang luar biasa dasyat.
Skuad Egypt bermain selama 120 minit dalam semua aksi perlawanan mereka di pusingan kalah mati, dan jelas sekali mereka berada dalam kepenatan untuk turun dalam aksi perlawanan akhir hari ini.
Ditambah pula mereka berdepan masalah kecederaan pemain, dan sekali lagi bermain selama 120 minit pada hari ini, skuad Mesir berhak dipuji walau mereka gagal untuk memenangi kejohanan edisi kali ini.
Senegal sememangnya mempunyai kelebihan untuk memenangi aksi perlawanan akhir ini, dengan mereka memiliki skuad terbaik untuk terus bersaing.
Sadio Mane netted the winning spot-kick as Senegal beat Egypt 4-2 on penalties to clinch their first-ever Africa Cup of Nations.#AFCON2021
— BBC Sport (@BBCSport) February 6, 2022
Senegal berjaya mencatatkan kemenangan di masa sebenar perlawanan (90 minit) ketika beraksi dalam semua pertandingan di peringkat kalah mati untuk sampai ke perlawanan akhir.
Mereka juga tidak berdepan masalah kecederaan pemain untuk mengharungi kempen AFCON pada kali ini maka jelas sekali Senegal sememangnya sudah bersedia untuk mencabar kejuaraan edisi kali ini.
Malang untuk Mesir, mereka juga terpaksa bermain dengan pengurus, serta pembantu pengurus tidak dibenarkan berada di tepi padang kerana menjalani penggantungan.
Mesir mungkin boleh membalas dendam mereka terhadap kekalahan ini ketika kedua-dua pasukan ini sekali lagi bertemu di pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar pada bulan hadapan.
Hanya satu pasukan sahaja yang akan melayakan diri ke Qatar nanti, dan jelas sekali Mesir tidak mahu sekali lagi dikecewakan oleh Senegal.
Sumber: SPORTbible