Al Ittihad Percaya Usaha Dapatkan Salah Hanya Tertangguh Sementara

Saudi Pro League percaya usaha membawa Mohamed Salah ke liga negara Timur Tengah itu hanya tertangguh sementara selepas Al Ittihad gagal mendapatkan pemain itu pada hari terakhir jendela perpindahan liga itu.

Pegawai tertinggi Saudi berada di London sejak Sabtu lalu untuk berbincang dengan Liverpool dan bersedia untuk memecah rekod dunia untuk membawa Salah. Liverpool bagaimanapun kekal dengan pendirian mereka.

Al Ittihad pada minggu lalu turut menawarkan Β£150 juta untuk Salah. Pemain berusia 31 tahun itu turut dilaporkan akan menerima Β£100 juta setahun selepas cukai untuk tempoh tiga tahun kontrak.

Pengarah Liverpool Mike Gordon menegaskan pemain antarabangsa Mesir itu tidak akan dijual pada musim panas ini.

Pada Ahad lalu pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata: β€œSaya tidak pernah meragui komitmen Salah. Dia adalah pemain kami dan dia mahu berada di sini.”

Kelab Saudi itu sanggup membayar lebih daripada Β£200 juta dan dijangka akan kembali membida pada tahun hadapan.

Al Ahli dan Al Hila seperti Al Ittihad dimiliki oleh konsortium milik kerajaan, Public Investment Fund – bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membawa pemain terbaik Afrika itu ke Arab Saudi.

Salah dikaitkan dengan kelab Arab Saudi sepanjang musim panas namun Al Ittihad hanya melakukan bidaan rasmi di hari-hari terakhir jendela perpindahan di Eropah, yang menyukarkan keadaan.

Ramai percaya pendirian Liverpool mungkin tidak akan sama sekiranya tawaran sama tiba pada awal jendela perpindahan.

Musim panas ini Liverpool melepaskan kapten pasukan Jordan Henderson (Al Ettifaq), Roberto Firmino (Al Ahli) dan Fabinho (Al Ittihad).

Penjaga gol, Alisson Becker dan pemain pertahanan Ibrahima Konate turut mendapat perhatian kelab-kelab Arab Saudi namun kedua-dua pemain menyatakan komitmen untuk kekal bersama Liverpool pada musim ini.

BACA:Β  Salah Percaya Liverpool Bakal Muncul Juara Liga Perdana Inggeris Jika Menang Baki 4 Perlawanan