Mohamed Salah telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, selepas meledak gol untuk Liverpool ketika bertemu Milan semalam.
The Egyptian King itu sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan beliau kini sudah berjaya meledak 20 gol untuk The Reds.
Dengan pencapaian itu, beliau berjaya meletakkan diri bersama tiga lagi legenda kelab yang pernah menjaringkan 20 gol ke atas dari semua pertandingan selama lima musim berturut-turut.
Most #UCL goals scored for English teams:
Aguero: 36
Drogba: 36
Van Nistelrooy: 35
Thierry Henry: 35
Mo Salah: 33He’s coming for another record. 🔥 pic.twitter.com/OTvV2FR8j7
— Watch LFC (@Watch_LFC) December 7, 2021
Ian Rush, Roger Hunt dan Gordon Hodgson merupakan tiga legenda yang pernah mencatatkan rekod yang cemerlang itu sebelum Mo Salah.
Salah tetap diturunkan bersama skuad simpanan Liverpool bertemu AC Milan di San Siro, dek kerana beliau mahu menambah baik rekod jaringannya sepanjang musim ini.
Hasilnya beliau dan Divock Origi berjaya menjaringkan gol untuk membantu Liverpool mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan AC Milan dalam perlawanan tersebut.
Juara enam kali gelaran Champions League, Liverpool juga secara tidak langsung mencipta rekod baru sebagai pasukan Inggeris pertama yang layak ke pusingan kalah mati dengan rekod enam kemenangan di peringkat kumpulan.
Africa Cup of Nations could stop Premier League and Champions League goal machine Mohamed Salah reaching Ruud van Nistelrooy’s Manchester United record with Liverpool star just 24 strikes away https://t.co/oYRodPNeC3 pic.twitter.com/FIAAtmAIud
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) December 8, 2021
Nombor enam memang nombor magis untuk skuad kendalian Jurgen Klopp pada ketika ini, dengan mereka juga berjaya mencatatkan kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
Salah tidak diragukan lagi sememangnya menjadi kunci sebalik kejayaan Liverpool pada ketika ini, namun The Reds selepas ini perlu bersedia untuk beraksi tanpa bintang Mesir itu.
Liverpool akan kehilangan Mo Salah, Sadio Mane dan Naby Keita pada 9 Januari ini yang akan menyertai saingan Piala Benua Afrika.
Seandainya Salah berjaya memimpin Egypt hingga ke aksi perlawanan akhir, ia bermaksud Liverpool akan turun tanpa bintang utama mereka itu untuk tempoh satu bulan.
Satu bulan sebenarnya satu tempoh yang sangat panjang untuk skuad Liverpool, apa lagi ketika mereka sedang mencabar kejuaraan liga.
Comparing Salah’s Liverpool record with Van Nistelrooy’s at Man Utd https://t.co/mTH8ApCjNM
— SportNews365 (@Shpetim21816405) December 5, 2021
Selain Liverpool yang akan berdepan kesukaran beraksi tanpa Salah, pemain kebangsaan Mesir itu sendiri juga sebenarnya sedikit terganggu dengan hal ini.
Beliau pada ketika ini sedang dalam usahanya untuk memecahkan rekod yang dicipta oleh bintang Manchester United, Ruud Van Nistelrooy yang pernah merekodkan 44 gol satu musim dalam semua pertandingan.
Legenda Manchester United itu mencipta rekod tersebut pada musim 2002/03 dan rekod 44 gol satu musim dalam semua pertandingan kekal tidak dipecahkan oleh mana-mana pemain dalam saingan Premier League sehingga ke hari ini.
Mohamed Salah pada ketika ini sedang sangat berpotensi untuk memecahkan rekod tersebut, dengan beliau sudah berjaya menjaringkan 20 gol sebelum masuk bulan Januari.
Namun AFCON berkemungkinan akan sedikit menjejaskan peluang untuk Mo Salah memecahkan rekod tersebut, namun tidak akan mengejutkan andai beliau tetap mampu memecahkan rekod itu walau tidak beraksi selama satu bulan bersama Liverpool.
Africa Cup of Nations could stop Premier League and Champions League goal machine Mohamed Salah reaching Ruud van Nistelrooy’s Manchester United record with Liverpool star just 24 strikes away https://t.co/fXMExcbiz9
— Sports Informer (@Sportsinformer3) December 8, 2021
Hal ini kerana Salah sangat konsisten menjaringkan gol untuk Liverpool dan ketajaman penyudah yang beliau tunjukkan pada ketika ini tidak boleh dipertikaikan kehebatannya.
Kualiti penyudah yang beliau ada teramat menakjubkan dan kerana itulah beliau dianggap pemain paling berprestasi dalam dunia bola sepak hari ini.
Musim ini sahaja Mohamed Salah telah memecahkan begitu banyak rekod dalam saingan Premier League dan beliau pada ketika ini antara pemain yang paling banyak memegang rekod-rekod besar di pentas bola sepak Inggeris dan Eropah.
Comparing Salah’s Liverpool record with Van Nistelrooy’s at Man Utd https://t.co/pbEWc2q7h3
— PostX News (@xpostnews) December 5, 2021
Hal ini mengukuhkan lagi kedudukan Salah untuk terus dikenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dalam saingan Premier League.
Sumber: talkSPORT