Salah Hampir Sertai Pasukan Seteru Sebelum Akhirnya Memilih Untuk Kekal Di Anfield

Pemain kesayangan peminat, Mohamed Salah telah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru selama tiga tahun bersama Liverpool pada awal minggu ini.

Walau bagaimanapun, beliau sebenarnya hampir sahaja untuk melakukan kepulangan semula ke bumi Stamford Bridge sebelum akhirnya memilih untuk kekal di Anfield.

Para penyokong Liverpool gembira dan terkejut selepas mengetahui pimpinan kelab bersetuju untuk membayar Salah gaji yang sungguh lumayan.

Pihak kelab bersetuju untuk melakukan hal tersebut dalam usaha mereka untuk memastikan agar bintang Mesir itu kekal bersama kelab.

Mohamed Salah akan kekal bersama Liverpool untuk tempoh tiga tahun lagi selepas pihak kelab merosakkan struktur gaji mereka yang sangat teguh itu.

Sadio Mane mungkin akan turut terkesima melihat bekas rakan sepasukannya itu menerima £350,000 seminggu di Anfield.

Bintang Senegal itu dilaporkan turut pernah meminta gaji yang sama ketika pihak kelab melakukan rundingan kontrak baru bersamanya, sebelum beliau akhirnya memilih untuk sertai Bayern Munich.

Liverpool sepertinya tiada pilihan lain selain menerima permintaan Salah kerana mereka tak mampu kehilangan pemain penyerang itu selepas Mane, Origi dan Minamino meninggalkan kelab.

Walau bagaimanapun, sebelum rundingan kontrak baru Salah bersama Liverpool berjaya menemui kata sepakat, bekas bintang AS Roma itu sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk difikirkan.

Paris Saint Germain dan Real Madrid juga dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya dan turut sedang memantau perkembangan terkini Mo Salah di Anfield.

Terbaru, tular berita yang mendakwa bahawa Mohamed Salah sebenarnya hampir sahaja untuk bersetuju kembali ke Stamford Bridge sebelum mengubah fikirannya di saat akhir.

Pemain berusia 30 tahun itu bermain perlawanan terakhirnya bersama Chelsea pada tahun 2014 yang lalu, dan kariernya bersama The Blues pada ketika itu jelas sekali sangat mendukacitakan.

Kerana itu jugalah tidak keterlaluan untuk menganggap yang Mohamed Salah merupakan pemain yang berbeza pada ketika ini, berbanding siapa diri beliau ketika masih beraksi bersama Chelsea.

The Blues pada ketika ini masih sedang sangat gigih untuk mencari pemain penyerang pada jendela perpindahan musim panas ini.

Chelsea pada ketika ini sangat berpotensi untuk menandatangani Raheem Sterling dari Man City, namun pada masa sama The Blues turut mengintai kesempatan untuk mendapatkan Raphinha.

Memandangkan Ousmane Dembele berpotensi untuk kekal bersama Barca, maka Chelsea sebenarnya akan sangat berpeluang untuk kembali mengejar bintang Leeds United itu.

Hal ini kerana Barca tidak mungkin akan mengeluarkan dana tambahan untuk mendapatkan Raphinha andai mereka sudah berjaya memujuk Dembele untuk kekal.

Chelsea juga pada ketika ini sangat terdesak mahu menandatangani pemain yang bermain di posisi penyerang kanan.

Para penyokong Chelsea mungkin sempat berharap agar Salah tidak bersetuju untuk menerima tawaran dari Liverpool, dan memilih untuk kembali ke Stamford Bridge.

Selepas melihat Lukaku bergelut dengan masalah prestasi di Stamford Bridge pada musim lalu, kelab dari London itu turut dinasihatkan supaya berhenti terlebih dahulu dari membeli semula bekas pemain mereka.

Memandangkan Liverpool telah bersetuju untuk memberikan Salah gaji yang tinggi, sepertinya mereka selepas ini perlu bersedia untuk berunding dengan ramai lagi pemain lain yang akan menuntut hal yang sama.

Sudah tentu akan ada pemain lain yang bakal tampil dan meminta pihak kelab supaya menawarkan gaji yang sangat tinggi ketika berunding soal kontrak baru nanti.

Walau bagaimanapun juga, pihak kelab sendiri tentunya sudah ada persiapan mereka sendiri bagi menghadapi situasi tersebut di masa hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Penyokong Liverpool Teruja Dengan Aksi Mantap Diaz Ketika Debutnya Bertemu Leicester