PGMOL Dibidas Kerana Pilih Pengadil Anak Jati Manchester Kendali Perlawanan Man City-Liverpool

Richard Keys membidas keputusan PGMOL memilih Chris Kavanagh untuk mengadili perlawanan penting di antara Manchester City menentang Liverpool pada Sabtu ini.

Kavanagh dipilih untuk mengadili antara perlawanan yang dianggap terbesar di Premier League ini walaupun merupakan anak jati Manchester.

Secara lebih spesifik Kavanagh dilahirkan di Ashton-under-Lyne di Greater Manchester yang terletak hanya 8km daripada Stadium Etihad.

Tatkala pengadil Premier League tidak dibenarkan mengendali perlawanan membabitkan pasukan kegemaran mereka – atau seteru terdekat – membuatkan penyokong Liverpool kini mempersoalkan keputusan PGMOL.

Keys adalah bekas wartawan dan pengulas yang pernah bekerja bersama beberapa media antarabangsa untuk laporan bola sepak seperti BBC, Sky Sports, dan FOX Sports sepanjang kariernya dan menyedari isu ini tidak akan membawa kebaikkan kepada persepsi terhadap pengadil.

Berusia 66 tahun pada hari ini, Keys melalui X mengkritik dan mempersoalkan mengapakah PGMOL memilih Kavanagh untuk mengendalikan perlawanan yang akan berlangsung di Etihad pada hujung minggu ini.

“Tidak sekalu pun saya berpendapat Kavanagh tidak akan bertindak secara profesional di City, tetapi bagaimana jika sebaliknya?

“Masalahnya bagaimana jika ada perkara atau insiden tidak diingini berlaku? Di dalam musim seperti ini siapa yang tidak akan membantah? Mengapa perlu memberi tekanan kepadanya? Tidak ada pengadil lain kah?” persoal Keys.

Isu pemilihan pengadil untuk perlawanan ini timbul selepas seorang pengguna Reddit melakukan hantaran dengan bertanya arah perjalanan dari Ashton-under-Lyne ke Stadium Etihad.

Tajuk utama hantaran tersebut adalah ‘Pengadil Man City v Liverpool dilahirkan berhampiran stadium’ dan turut diikuti dengan soalan: ‘Bagaimana ini boleh dibenarkan berlaku?’

Seperti dijangka hantaran tersebut mencetuskan reaksi daripada penyokong Liverpool.

“Chris Kavanagh, dari Manchester, akan mengadili perlawanan kami menentang City. Dan Noel Gallagher akan mengendalikan VAR’,” kata salah seorang daripada mereka.

Seorang lagi menulis: “Chris Cavanagh berasal dari Greater Manchester! Amat sukar dipercayai.”

Walaupun demikian ada juga yang tampil mempertahankan pemilihan tersebut dengan alasan Etihad belum lagi dibina ketika Kavanagh dilahirkan. manakala ada juga yang mendakwa penyokong Liverpool sengaja mencari alasan awal-awal kerana tahu akan tewas perlawanan ini.

Sebenarnya Liverpool memiliki rekod cemerlang dalam perlawanan yang dikendalikan Cavanagh, apabila menang 13 daripada 15 perlawanan.

PGMOL sememangnya mempunyai peraturan ketat tidak membenarkan pengadil terlibat dengan pasukan yang mereka sokong, atau pasukan lawan yang dianggap seteru.

Tidak seperti pengadil berprofil tinggi lain, Kavanagh setakat ini tidak pernah menyatakan pendirian atau sokongan kepada mana-mana kelab Inggeris.

Sebagai contoh, Michael Oliver adalah penyokong tegar Newcastle dan dia tidak dibenarkan mengendalikan perlawanan membabitkan Newcastle dan Sunderland yang berjiran dengan kelab itu.

“Saya tidak pernah mengadili perlawanan Newcastle. Kami wajib mengisytiharjan kelab manakah yang kami sokong, atau jika keluarga kami berkerja dan terikat dengan mana-mana kelab,” kata Oliver dalam satu temubual pada 2021.

“Anda tidak boleh mengadili perlawanan membabitkan pasukan-pasukan itu, dan saya juga tidak boleh mengadili perlawanan Sunderland atas sebab yang jelas.

“Tetapi kerana kebiasannya Newcastle bergelut di dasar liga menjelang Mac atau April, maka saya juga dilarang mengadili perlawanan membabitkan tiga pasukan terbawah.

“Jika Newcastle memerlukan mata untuk kekal [di Premier League] dan ada kelab lain turut bergelut, sebagai contoh Villa, maka saya juga tidak boleh mengadili perlawanan Villa juga. Saya juga tidak mahu. Ia tidak berbaloi apabila segalanya dipersoalkan.”

Skuad kendalian Jurgen Klipp berpotensi menerajui liga jika berjaya menewaskan Man City pada Sabtu ini.

BACA:  Pemain Liverpool Didakwa FA England Kerana Terlibat Dalam Perjudian