Mid Table Derby Yang Huru Hara Berakhir Dengan Seri, Mudryk Memang Laju

Livrpool dan Chelsea turun untuk perlawanan ke-19 Premier League, perlawanan terakhir separuh pertama musim 2022/23 di stadium keramat Anfield bagi mencari sinar untuk terus menghadapi perlawanan yang berbaki.

Pertembungan ini boleh diibaratkan sebagai Mid-Table Derby, di mana tempat pertengahan liga menjadi rebutan dengan Liverpool dan Chelsea berkongsi mata yang sama iaitu 28.

Liverpool yang dilanda masalah kecederaan kehilangan 5 pemain utama sememangnya tidak dapat mempamerkan prestasi sebenar mereka dan menjadikan permainan serba tidak menjadi.

Chelsea pula terus galak berbelanja, pada musim panas The Blues telah membeli 9 pemain dan musim sejuk ini 6 lagi pemain ditambah, Entah apa nak dibuat dengan 15 pemain baru ditambah dengan pemain sedia ada.

Perlawanan ini merupakan perlawanan ke-1000 Jurgen Klopp sebagai pengurus dalam tempoh 21 tahun dan 327 hari. 270 perlawanan dengan Mainz 05, 319 penampilan dengan Borussia Dortmund dan 411 bersama Liverpool.

Awal permainan di minit ketiga, Kai Havertz telah meletakkan Chelsea di hadapan dengan mudah menolak bola lantunan percubaan Thiago Silva yang terkena tiang yang berpunca dari sepakan penjuru.

Video assistant referee (VAR) segera tampil menyelamatakan Liverpool dengan membatalkan jaringan itu selepas Kai Havertz berada dalam posisi ofsaid ketika menolak bola lantunan dari Thiago Silva.

Benoit Badiashile mendapat peluang terbaik dari sepakan percuma apabila tandukan jarak dekatnya berjaya pula diselamatakan oleh Allison Becker dengan tepisan berkelas dunia.

Chelsea tampat lebih baik ketika menyerang namun apabila memasuki final third mereka sesat begitu saja dan Liverpool serba serbi bergelut untuk memecah kubu Chelsea dan kubu sendiri mudah bocor.

Cody Gakpo dengan rembatan ke langit, sepakan Mohammed Salah pula tidak kena bola dan hanya menyepak angin, Chelsea entah apa-apa macam biasa.

Bersambung babak kedua, Ibrahima Konate telah melakukan satu tindakan genius amat membuat percubaan dari jarak jauh dengan satu lambungan ketika Kepa Arrizabalaga kelur dari posisinya.

Bola tersasar dan Kepa kelihatan sangat lega kerana hampir dihukum dengan sesuatu yang memalukan. Kemudian Naby Keita pula datang dengan rembatan yang berjaya dihadang Jorginho.

Pada minit ke-55, Mykhailo Mudryk yang dikatakan bakal menjadi penyelesai masalah serangan Chelsea yang malu-malu kucing untuk menjaringkan gol di masukkan menggantikan Lewis Hall.

Chelsea telah membayar yuran perpindahan sebanyak £88.5 juta untuk pemain berusia 22 tahun itu dari Shakhtar Donetsk selepas menyailang Arsenal yang sudah lama bermain tarik tali.

Dengan kontrak 8 tahun setengah keistimewaan Mudryk adalah kelajuannya. Jurgen Klopp tidak mahu kalah lalu memasukkan Darwin Nunez yang dibeli dengan harga £85 juta dari Benfica.

Mykhailo Mudryk telah menunjukkan kehebatan larian pantas dengan kemahiran menggelecek dengan melepasi James Milner dan Joel Gomez dengan licin sekali namun rembatannya menerjah jaring tepi.

Trent Alexander Arnold mensia-siakan hantaran cantik Darwin Nunez dengan satu rembatan ke langit. Nak mengejek Nunez pun jangan dalam game.

Dipenghujung perlawanan permainan menjadi semakin rancak dengan Liverpool dan Chelsea berhabisan cuba mencari gol kemenangan namun dinafikan sentuhan penyudah.

Kesebelasan Utama Liverpool : Alisson, Milner, Konate, Gomez, Robertson, Bajcetic, Thiago, Keita, Elliott, Salah, Gakpo.

Pemain Simpanan : Kelleher, Fabinho, Henderson, Oxlade-Chamberlain, Jones, Tsimikas, Nunez, Matip, Alexander-Arnold.

Kesebelasan Utama Chelsea : Kepa, Chalobah, Silva, Badiashile, Hall, Jorginho, Gallagher, Cucurella, Ziyech, Havertz, Mount.

Pemain Simpanan: Bettinelli, Azpilicueta, Humphreys, Koulibaly, Chukwuemeka, Loftus-Cheek, Mudryk, Aubameyang, D Fofana.

BACA:  Richarlison Menganjing Liverpool Tanpa Belas Selepas Tewas Perlawanan Akhir Champions League