AFF B19: 14 Pemain Brunei Sakit Perut Punca Malaysia Catat Kemenangan ke-2

Surabaya, 6 Julai- Malaysia, finalis pada edisi 2017 semakin menghampiri ke peringkat separuh akhir apabila menewaskan Brunei 2-0 petang di Stadium Joko Samudro semalam. Ini adalah kemenangan ke-2 berturut-turut pasukan Malaysia selepas menewaskan Kemboja 2 hari lalu.

Malaysia lwn Kemboja

Dalam satu lagi perlawanan yang melibatkan kumpulan B, Myammar juga berada di landasan terbaik untuk mara ke peringkat itu apabila menewaskan Kemboja 4-1 malam tadi.

Dalam perlawanan tersebut Bojan Hodak melakukan rombakan besar-besaran. Hampir separuh barisan pemain yang bertemu Kemboja direhatkan.

“Saya perlu melakukan pengiliran pemain untuk mengimbangi jadual perlawanan. Saya memberi peluang kepada beberapa pemain yang tidak mempunyai peluang bermain 90 minit. Kesimpulannya, amat penting untuk kami mendapatkan 3 mata”

Malaysia B19

Kemenangan tersebut mebolehkan pasukan ini menduduki tangga teratas dalam carta kumpulan B, satu lagi kemenangan bakal mengesahkan Malaysia akan mara ke peringkat separuh akhir. Malaysia akan bertemu Timor Leste pada ahad ini dan diikuti Myammar 2 hari kemudian.

Menurut pengendali Brunei Takao Fujiwara pula perlawanan ini begitu sukar bagi pasukannya.

“Kejohanan ini agak sukar bagi kami, pasukan kami sukar untuk menjaringkan gol. Malaysia adalah pasukan yang baik sepanjang perlawanan dan ia menyukarkan kami”

Saya beritahu kepada pemain, mereka perlukan keberanian apabila bertemu pasukan yang kuat seperti Malaysia. Ia akan menjadi pengalaman yang baik untuk mereka”

Pemain Brunei Mengasak

Fujiwara menambah ramai pemainnya tidak berada dalam kecergasan yang terbaik ketika turun dalam perlawanan ke-2 ini. Sehari sebelum perlawanan  14 pemain kami mengalami sakit perut dan ada yang terpaksa mendapatkan rawatan.

2 gol Malaysia cuma hadir dalam 12 minit awal perlawanan melalui Muhammad Syahmi Zamri dan Muhammad Nizaruddin Jazi sebelum mengendurkan permainan.

Hodak ternyata masih belum gembira dengan prestasi pasukannya dalam 2 perlawanan awal.

“Saya gembira dengan keputusan ini tetapi prestasi Malaysia belum berada berada di tahap yang terbaik, ia boleh ditingkatkan lagi”

Sorotan Perlawanan Malaysia lwn Brunei

Baca Juga

Baca Juga