Aksi Chris Maguire Menganjing Sunderland Ketika Meraikan Gol Jaringannya Mencuri Perhatian Peminat

Pemain penyerang Lincoln City, Chris Maguire telah mencetuskan sensasi internet selepas beliau meraikan gol dengan menganjing pengurus bekas kelabnya Sunderland.

Chris Maguire berlari ke arah bekas pengurusnya, Lee Johnson lalu meraikan gol jaringan beliau itu betul-betul di hadapan muka pengurus The Black Cats itu.

Maguire menghabiskan masa selama tiga musim bersama Sunderland dari tahun 2018 hingga 2021, sebelum Johnson memutuskan untuk melepaskan saja beliau pada musim panas baru-baru ini.

Johnson tidak berminat untuk terus menggunakan khidmat Maguire dan membiarkan saja kontrak pemain penyerang itu tamat lalu melepaskan beliau sebagai pemain bebas ejen.

Pemain sayap Scotland itu kemudiannya memutuskan untuk menyertai Lincoln menerusi perjanjian perpindahan percuma pada musim panas baru-baru ini.

Semalam, beliau turun untuk beraksi bertemu bekas kelabnya, Sunderland untuk aksi perlawanan dalam saingan League One di Stadium of Light.

Maguire terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk skuadnya dengan meledak gol yang cukup cantik pada aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut.

Beliau memanfaatkan kesempatan yang ada untuk meraikan gol jaringan beliau dengan sungguh meriah dan langsung tak berminat nak jaga hati bekas majikannya.

Bermula dengan mengangkat tangan untuk meminta maaf kepada para penyokong, Maguire terus berlari ke arah bekas pengurusnya, lalu meraikan gol betul-betul di hadapan Lee Johnson.

Apa yang bagusnya tentang keraian itu, beliau terlebih dahulu meminta maaf kepada para penyokong, dan secara tak langsung menjelaskan tindakan selepas itu bukan ditujukan kepada penyokong.

Selepas selesai tanggungjawab meminta maaf kepada para penyokong, tanpa belas kasihan, beliau terus meraikan gol di depan muka bekas pengurusnya itu.

Gaya keraian provocative beliau itu telah mencuri perhatian peminat di media sosial, dengan ramai yang terhibur melihatnya.

“Chris Maguire menunjukkan cara sebenar nak menganjing bekas pengurus, depan muka betul dia bagi. Ini baru betul meraikan gol tanpa rasa kasihan.”

“Menganjing level elite, ini memang betul cara bijak nak lepas geram, rasanya dia memang betul-betul berdendam dengan bekas pengurus dia itu.”

“Bermula dengan tidak mahu meraikan gol bertemu bekas kelab, minta maaf kepada penyokong…. Kemudiannya lupakan segalanya dan terus menganjing Lee Johnson. Sekarang dia dah catat hat-trick.”

“Dia nak buktikan kepada Lee Johnson yang dia sebenarnya masih seorang penyerang yang bagus dan berkualiti, secara tak langsung dia nak buktikan keputusan Lee Johnson lepaskan dia adalah salah.”

“Lee Johnson tentu tak boleh tidur malam lepas ni, sudah tentu dia akan terbayang-bayang wajah Maguire meraikan gol di depan muka dia.”

Tidak dinafikan yang Lee Johnson berkemungkinan akan menyesali keputusan beliau melepaskan Chris Maguire.

Tambahan pula selepas Maguire menganjing bekas pengurusnya itu, beliau berjaya menambah dua lagi gol untuk melengkapkan hat-trick dalam perlawanan ini.

Lincoln City berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Sunderland, seterusnya menjarakkan lagi diri mereka dari berada di zon penyingkiran.

Mereka pada ketika ini lima mata berada di zon selamat, dan sudah tentu tiga mata yang diperoleh dari perlawanan ini tersangat bermakna untuk Lincoln.

Sunderland sementara itu masih selesa di kedudukan kedua dengan berkongsi kutipan mata yang sama dengan pendahulu saingan League One, Rotherham.

Keciciran mata bertemu pasukan bawahan sudah tentu sangat merugikan untuk skuad Sunderland, dengan mereka walau mengutip jumlah mata yang sama dengan Rotherham, namun pendahulu saingan League One itu masih ada baki 2 perlawanan yang belum dimainkan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bekas Pemain Chelsea Akhirnya Tiba Di Sunderland Untuk Melapor Diri Selepas 2 Bulan Menghilang