Bekas Pemain Chelsea Akhirnya Tiba Di Sunderland Untuk Melapor Diri Selepas 2 Bulan Menghilang

Bekas pemain pertahanan Chelsea, Papy Djilobodji akhirnya melapor diri di Sunderland bagi musim baru selepas diminta berbuat demikian 72 hari yang lalu !

Djilobodji menyertai Sunderland dari Chelsea pada tahun 2016 dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah £8 juta. Walau bagaimanapun, beliau bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya dan dipinjamkan ke kelab Perancis, Dijon pada tahun berikutnya.

Djilobodji akhirnya melaporkan diri selepas 72 hari menghilang ! Gila

Djilobodji sepatutnya melapor diri bagi musim baru seperti pemain-pemain yang lain pada awal Julai lalu. Akan tetapi, kelibat beliau gagal dikesan dan Djilobodji langsung tidak bermain dalam sebarang perlawanan pra-musim untuk Sunderland.

Kehilangan Djilobodji langsung tidak dirasai Sunderland kerana pasukan tersebut berjaya memulakan kempen musim ini dengan baik dan kini menduduki tempat ke-4 dalam League One. Sunderland yang menerima jolokan ‘The Black Cats’ masih lagi belum tewas selepas mengharungi enam perlawanan musim ini.

Kehadiran Djilobodji di padang latihan Sunderland hari ini selepas 72 hari menghilang telah menarik perhatian banyak pihak. Beliau menerima layanan yang dingin dari pihak kelab dan mungkin berdepan tindakan undang-undang disebabkan perbuatan tersebut.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak kelab, Sunderland mengesahkan mereka sedang berusaha untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Djilobodji atas kelewatan beliau melaporkan diri.

Dibeli Sunderland pada harga 8 juta tetapi gagal menyerlah. Dah la kaki ponteng, memang tak berbaloi

“Sunderland AFC ingin memberi perkembangan terkini kepada para peminat mengenai status pemain pertahanan, Papy Djilobodji.”

” Papy Djilobodji telah kembali ke pangkuan kelab dan beliau tiba lewat dan terlepas keseluruhan pra-musim selain bulan pertama kempen musim ini.”

“Pihak kelab akan mengambil tindakan undang-undang mengenai situasi ini. Buat masa sekarang. pemain tersebut sedang menjalani ujian kecergasan bagi menentukan sama ada beliau kembali dalam keadaan yang sesuai untuk bermain bola sepak secara profesional.”

“Tiada lagi komen akan dikeluarkan mengenai perkara ini sehingga kecergasan pemain tersebut dinilai sepenuhnya dan pihak kelab menerima nasihat mengenai tindakan undang-undang yang patut diambil.”

Djilobodji langsung tidak bermain untuk Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris. Hanya 1 penampilan dalam pusingan ke-3 Piala Liga

Djilobodji adalah pemain antarabangsa Senegal dan merupakan pembelian mengejut Chelsea pada tahun 2016. Sebelum itu, beliau bermain untuk Nantes selama 5 tahun.

Djilobodji gagal membuat sebarang penampilan bersama Chelsea dan dijual kepada Sunderland selepas semusim makan gaji buta.

BACA:  Sarri Tuduh Pemain Chelsea Tiada Motivasi Untuk Menang