Aksi Dominic Calvert-Lewin Naik Ke Langit Timbulkan Kegemparan Rakyat England

Dominic Calvert-Lewin telah mencuri tumpuan dalam perlawanan England menentang Austria apabila aksi terbang kelangit beliau menimbulakan kegemparan rakyat England.

Entah bagaimana Dominic Calvert-Lewin dapat melonjak begitu tinggi dari keadaan pegun dan terus naik ke langit.

Penjelasan logik cubaan Dominic Calvert-Lewin naik ke langit mungkin untuk berjumpa ayah pin disebabkan oleh Dominic Calvert-Lewin memanjat kepala Aleksander Dargovic.

Dengan menggunakan keting lonjakan terus dilakukan dengan kepala Aleksander Dargovic menjadi alas dan kad kuning kepada Dominic Calvert-Lewin serta sepakan percuma untuk Austria.

Dominic Calvert-Lewin masuk menggantikan Harry Kane pada minit ke-62 dan empat minit kemudian terus mendapat kad kuning kerana cuba naik kelangit.

Apa yang menjadi kegemparan adalah kemampuan Dominic Calvert-Lewin melonjak dari keadaan penuh sebelum menindas kepalan Aleksander Dargovic.

Cristiano Ronaldo terkenal dengan kemapuan untuk melonjak tinggi ke udara dan mampu bertahan di udara buat seketika dan tidak pasti samada Ronaldo mampu melompat setinggi ini walaupun selepas mengambil lajak sesedap rasa.

Cristiano Ronaldo pernah melakukan aksi luar biasa yang bertaraf super human apabila melakukan lompatan yang tinggi untuk melakukan sundulan.

Daripada kiraan yang dilakukan, Ronaldo telah membuat lompatan setinggi 0.71 meter ke udara dan menemui bola yang berada di ketinggian 2.56 meter.

Pertemuan bola dan Ronaldo diudara telah menghasilkan satu sundulan padu yang tidak mampu diselamatkan penjaga gol tapi Ronaldo melakukan larian sebelum melonjak naik.

Lantaran itulah kenapa lonjakkan Dominic Calvert-Lewin menjadi bualan dan dikagumi ramai.

England turun menentang Austria dalam perlawanan persahabatan yang merupakan perlawanan pertama pemanas badan skuad tiga singa sebelum turun untuk merebut kejuaraan Eropah.

Gareth Southgate baru saja mengumumkan senarai penuh skuad England EURO 2020 dengan menggugurkan 6 orang pemain daripada 33 pemain skuad sementara.

Hanya Mason Greenwood yang digugurkan kerana kecederaan manakala Harry Maguire dan Jordan Henderson yang tidak cergas turut terpilih.

Paling menarik dalam perlawanan England menentang Austria ini apabila Gareth Southgate membawa kesemua pemain yang beliau gugurkan untuk skuad EURO 2020.

1. Aaron Ramsdale (Sheffield United) – Penjaga gol
2. Ben Godfrey (Everton) – Pertahanan
3. Ben White (Brighton & Hove Albion) – Pertahanan
4. Jesse Lingard (West Ham United pinjaman dari Manchester United) – Tengah
5. James Ward-Prowse (Southampton) – Tengah
6. Ollie Watkins (Aston Villa) – Penyerang

Jesse Lingard yang paling awal disingkirkan dan diratapi oleh ramai orang telah diletakkan dalam kesebelasan utama England.

Tiada langsung kelibat pemain dari pasukan Manchester United, Chelsea dan Manchester City dalam perlawanan ini mungkin diberi cuti rehat tambahan kerana musim mereka berakhir lambat.

Permainan perasaan apakah yang cuba ditunjukkan oleh Soutgate?

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan berakhir dengan Austria berjaya mengikat England untuk seri tanpa jaringan.

Dengan status perlawanan persahabatan pemanas badan tiada aksi menarik yang terjadi.

Aksi UFC atau gusti Tyrone Mings rasanya insiden paling menarik di separuh masa pertama yang melakukan hadangan bukan-bukan lagi ganas.

Mujur Video Assistant Referee (VAR) tidak diguna pakai dalam perlawanan pemanas badan ini.

Bersambung babak kedua England terus mencari peluang dan ruang untuk menjaringkan gol pendahuluan yang diidamkan.

Lorongan dari Jesse Lingard kepada Jack Grealish berjaya dipotong namun cubaan yang lemah lagi kelam-kabut Martin Hinteregger mengeluarkan bola menyebabkan gawangnya dalam bahaya.

Bola menemui Bukayo Saka yang comel lagi tidak dikawal dan mudah menolak bola ke gawang terbuka pada minit ke- 56.

Saka Merasuk England dan ini merupakan jaringan pertama Saka secara peribadi untuk England.

Pada minit ke-61 empat pertukaran serentak di lakukan Decan Rice, Harry Kane, Tyrone Mings dan Jesse Lingard dikeluarkan.

Ben Godfrey, James Ward-Prowse, Ollie Watkins dan Dominic Calvert Lewin dimasukkan.

Pada minit ke-71 Ben White pula dimasukkan menggantikan Jack Grealish.

Austria hampir saja menyamakan kedudukan dengan percubaan cantik dari Marcel Sabitzer yang menghentam palang selepas ada sedikit sentuhan daripada Jordan Pickford.

Kalau Jordan pickford tak sentuh langsung masuk tu. Kalau la.

Ketika perlawanan hampir tamat, Trent Alexander Arnold telah mengalami kecederaan dan terus meninggalkan perlawanan.

Ketika seminit masa kecederaan berbaki Jordan Pickford telah berlaga dengan pemain sendiri dan terbaring dengan gawang terbuka.

Percubaan pemain Austria hampir saja menerjah jaring namun Ben White yang telah digugurkan berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol.

Ben Godfrey, Ben White, James Ward-Prowse dan Ollie Watkins diberikan peluang beraksi apabila masuk sebagai pemain simpanan.

Hanya penjaga gol Sheffield United, Aaron Ramsdale tidak mendapat peluang seperti rakan seperguguran yang lain.

England: Jordan Pickford, Trent Alexander-Arnold, Conor Coady, Tyrone Mings, Kieran Trippier, Jack Grealish, Declan Rice, Jude Bellingham, Jesse Lingard, Harr Kane, Bukayo Saka.

Subs: Sam Johnstone, Aaron Ramsdale, Dominic Calvert-Lewin, Ben Godfrey, Kalvin Phillips, Ben White, Ollie Watkins, James Ward-Prowse, Jordan Henderson, JadonSancho.

Austria: Bachmann, Dragovic, Hinteregger, Friedl, Lainer, Baumgartner, Laimer, Xaver Schlager, David Alaba, Sabitzer, Kalajdzic.

Subs: Pervan, Alexander Schlager, Baumgartlinger, Gregoritsch, Grillitsch, Ilsanker, Lienhart, Posch, Schaub, Schopf, Trimmel, Ulmer.

BACA:Β  Calvert Lewin Dikatakan Kecewa Kerana Sering Diketepikan Dari Skuad England