Calvert Lewin Dikatakan Kecewa Kerana Sering Diketepikan Dari Skuad England

Dominic Calvert Lewin telah diketepikan dari skuad utama England yang turun beraksi bertemu Jerman di pusingan 16 terbaik awal pagi tadi.

Dengan namanya diketepikan, ia bermaksud England tiada pemain penyerang yang boleh dimasukkan untuk menggantikan Harry Kane.

Memandangkan UEFA membenarkan setiap pasukan untuk menyenaraikan tiga pemain tambahan ke dalam skuad mereka pada kejohanan kali ini, ia bermaksud setiap pengurus perlu mengetepikan tiga pemain dari setiap perlawanan yang mereka mainkan.

Dengan setiap pasukan perlu meletakkan nama penjaga gol kedua dan ketiga di kerusi simpanan, ia sedikit menyukarkan Southgate untuk memilih pemain mana yang harus diketepikan.

Gareth Southgate ketika aksi perlawanan pembukaan kumpulan D, beliau telah mengetepikan nama Jadon Sancho dari skuad utamanya ketika beraksi bertemu Croatia.

Skuad The Three Lions kemudiannya kembali bermain dengan menggunakan lima pertahanan ketika bertemu Jerman awal pagi tadi, dengan Bukayo Saka berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama selepas mempamerkan aksi sungguh cemerlang ketika bertemu Czech Republic sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Gareth Southgate tidak mempunyai pemain penyerang tunggal dalam senarai pemain simpanannya untuk menggantikan Harry Kane.

Calvert Lewin merupakan satu-satunya pemain penyerang selain Kane yang ada dalam skuad utama England, namun beliau juga merupakan salah seorang dari tiga pemain yang sering diketepikan oleh Southgate.

Penulis Everton dari The Athletic, Greg O’Keeffe melaporkan yang Lewin sangat tidak gembira dengan hal tersebut dan kebanyakkan pihak lain turut bingung memikirkan mengapa Southgate tidak meletakkan nama beliau dalam senarai simpanan untuk dijadikan sebagai back up kepada Harry Kane.

Walaupun tidak menyenaraikan pemain berusia 24 tahun itu ke dalam skuad utama England bertemu Jerman, namun England tetap bermain dengan menggunakan tiga penyerang.

Saka dan Raheem Sterling yang merupakan satu-satunya penjaring gol England di peringkat kumpulan telah diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk digandingkan bersama Harry Kane.

Di posisi midfield pula, Southgate mengekalkan gandingan Kalvin Phillips dan Declan Rice untuk berdepan dengan skuad kendalian Joachim Low itu.

Kieran Trippier dan Luke Shaw pula bermain di posisi wing back kiri dan kanan sementara Maguire, Kyle Walker dan John Stones pula bermain sebagai back three.

Southgate hanya membawa dua pemain penyerang ke kejohanan Euro kali ini selepas beliau sebelum ini menggugurkan pemain seperti Ollie Watkins dan Mason Greenwood dari senarai pendeknya.

Kane merupakan pemain harapan England dan Southgate tentunya berharap agar penyerang Tottenham Hotspur itu berjaya untuk mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya.

Kane pada musim lalu merupakan pemenang kasut emas dalam saingan premier league dan beliau juga memenangi gelaran yang sama ketika kejohanan Piala Dunia 2018 yang lalu.

Namun beliau sepertinya masih gagal untuk menemui rentak persembahan terbaiknya di kejohanan Euro 2020 dengan hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari empat perlawanan.

Dengan ketiadaan Calvert Lewin di dalam skuad, maka Southgate boleh menggunakan Sterling atau Rashford untuk bermain di posisi Kane, seandainya ketua pasukan mereka itu tidak dapat meneruskan permainan.

Gareth Southgate membuat penyokong beremosi selepas beliau meluahkan isi hatinya ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan England bertemu Jerman awal pagi tadi.

Beliau jelas sangat berbahagia dengan kejayaannya membantu England mencatatkan kemenangan pertama dalam 55 tahun untuk menewaskan Jerman di pusingan kalah mati.

Gol jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane pada aksi babak kedua permainan di hadapan 45,000 penonton yang memenuhi Wembley Stadium mengesahkan tempat untuk England mara ke peringkat suku akhir.

Ia merupakan kemenangan yang sungguh bermakna untuk skuad The Three Lions berdepan dengan negara yang sering menyakiti serta melukakan hati mereka sebelum-sebelum ini.

Southgate mungkin menjadi individu paling terkesan dengan sejarah pertemuan England bertemu Jerman, memandangkan beliau ada sejarah yang sukar untuk dilupakan.

Beliau merupakan pemain yang gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika aksi peringkat separuh akhir Euro 96 bertemu Jerman, dan menyebabkan skuad The Three Lions tersingkir.

Jadi kemenangan pada awal pagi tadi memberi satu kepuasan yang sangat mengagumkan untuk beliau dalam usahanya untuk membalas dendam.

Pengurus England itu memberikan ucapan yang sungguh beremosi ketika sesi sidang media bersama BBC dan turut mengenang semula insiden sepakan penalti beliau 25 tahun yang lalu.

“Saya sangat bersyukur.”

Jelas Southgate.

“Saya melihat ke skrin besar dan saya nampak Dave Seamen ada di atas sana dan kamu tahu, untuk semua rakan sepasukan yang pernah bermain dengan saya, saya tak boleh ubah keputusan penalti 1996, jadi ia akan selalu menyakiti saya.”

“Tapi apa yang menariknya adalah kita telah beri semua orang satu lagi hari untuk dikenang dan sekarang kita harus teruskan usaha dan lakukan dengan baik di Rome.”

Southgate sering dikritik atas taktikal beliau, namun ketika melihat kepada temu bualnya, sukar untuk peminat menafikan yang beliau benar-benar mahukan negaranya mencatat kemenangan.

Beliau memuji aksi luar biasa para pemainnya dan menyatakan anak-anak buah beliau mempunyai pemikiran yang bagus, keinginan dan hati untuk bermain.

“Kita bermain bertemu pasukan yang sudah memenangi empat kali gelaran Piala Dunia, pengurus yang ada perjalanan karier luar biasa hebat bersama Jerman.”

Jelas Southgate menurut Sky Sports.

“Saya sangat menghormati dia atas apa yang sudah dia lakukan.”

“Kita tahu memang ramai yang mempersoalkan kemampuan kami untuk berdepan dengan pasukan besar dan kami tahu Jerman, dengan pengalaman mereka, akan mendominasi beberapa sudut dalam perlawanan itu.”

“Kita akan sentiasa ada semangat dan meletakkan hati serta mempunyai pemikiran yang hebat. Kita menekan di waktu yang betul, para penyerang memilih waktu yang tepat untuk pergi dan bila perlu bertahan, kita temui kelebihan jika berani mengawal bola dan menguasai penguasaan bola di kawasan kami dan bila tiba waktu yang tepat kami terus lakukan serangan pantas. Itu merupakan kemajuan nyata yang kami lakukan.”

Sumber: The Athletic

BACA:  Kerana Berkeras Mahu Ambil Sepakan Penalti, Pemain Everton Terpaksa Merayu Agar Richarlison Mengalah