Aksi Dungu Sancho Viral, Peminat Chelsea Pula U-Turn Dan Kecam Dia

Peminat Chelsea sebelum ini memuja Jadon Sancho sebagai pemain yang hebat dan berterima kasih kepada Manchester United kerana sudi meminjamkan pemain itu kepada mereka.

Jadon Sancho sebelum ini tidak  sehaluan dengan Erik Ten Hag di Man United. Namun pada awal musim ini Ten Hag akui kedua dua mereka sudah berbaik baik.

Malangnya, pemain itu terus gagal mendapat tempat dalam pasukan utama Ten Hag membuatkan dia terpaksa mencari kelab lain untuk dia menumpang kasih.

Debut Sancho  bersama Chelsea sangat baik. Membuatkan peminat Chelsea menganggap Man United telah membuang barang berharga  untuk mereka kutip.

Mereka mulai mengagumi Sancho sebagai pemain yang bakal menjadi bintang penting mereka musim ini.

Namun nada berbeza disuarakan peminat Chelsea semalam.  Menurut mereka, Jadon Sancho sangat tidak berguna dan kerjanya hanyalah menggelecek bola tanpa arah.

Seterusnya mereka bengangg kerana Sancho pemain yang tidak pandai menukar rentak lariannya.

Statistik Sancho benar benar mengecewakan. 3 percubaan dia menggelecek kesemuanya berakhir dengan kegagalan. Seterusnya 3 kali dia melakukan duel dengan pemain lawan, juga kesemuanya dia tewas.

Peminat Man United sempat mengingatkan peminat Chelsea mungkin Sancho tidak mendapat kasih sayang secukupnya minggu ini. Merujuk kepada komen Enzo Maresca yang menyatakan sebelum ini bahawa Sancho cemerlang beraksi di Chelsea kerana mendapat kasih sayang yang kuat yang dia perlukan.

Sambil peminat United memuat naik kompilasi aksi dungu Jadon Sancho  ketika menentang Liverpool.

Liverpool sekali lagi menang nasib musim ini, kali ini menang 2-1 ke atas Chelsea. Liverpool mendapat gol pertama menerusi sepakan penalti Mohamed Salah.

Liverpool hampir diberikan satu lagi penalti ketika penjaga gol Chelsea dituduh mengasari Jones. Namun VAR menyelamatkan Chelsea daripada terkena satu lagi penalti.

Chelsea menyamakan kedudukan menerusi Nicholas Jackson. Pemain itu tak sempat lagi meraikan golnya, Liverpool sudah membalasnya dengan gol oleh Curtis Jones.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool terus meminjam kedudukan tangga teratas Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City buat sementara waktu ini.

Ini adalah kekalahan kedua buat Chelsea musim ini. Mereka kini menghuni tangga keenam dengan beza 3 mata daripada kedudukan 4 teratas.

BACA:  Sancho Diharamkan Makan Bersama Rakan Sepasukan Lain Oleh Ten Hag