Bintang Ivory Coast, Emmanuel Eboue merupakan salah seorang pemain yang dianggap paling lucu dalam sejarah dunia bola sepak.
Beliau sering mencipta detik-detik yang sungguh menghiburkan dan antara salah satu detik paling diingati oleh para peminat telah berlaku ketika dalam aksi saingan Piala Dunia 2010.
Pada 25 Jun, 2010, Ivory Coast telah turun beraksi bertemu Korea Utara dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, dengan wakil benua Afrika itu sedang mendahului 3-0 dan perlawanan sudah hampir menuju ke masa tambahan.
Pengurus pasukan Korea Utara, Kim Jong Hun ketika itu telah memanggil ketua pasukannya untuk memberi arahan mungkin berkait taktikal.
Emmanuel Eboue pretending to understand the North Korean coaches instructions will never get old.pic.twitter.com/svBAer8o2L
— SPORTbible (@sportbible) March 24, 2021
Bekas pemain Full-back Arsenal, Eboue kemudiannya mengekori pemain bernombor 10 Korea Utara itu ke tepi padang dan mencuri dengar perbualan mereka.
Walaupun beliau langsung tidak faham bahasa yang mereka gunakan, Eboue ketika itu berpura-pura seperti faham dengan mengangguk dan bersetuju sebelum berlari kembali ke padang.
Ia masih kekal menjadi salah satu detik paling menghiburkan dan aksi lucu spontan yang kekal diingati oleh peminat dalam sejarah saingan Piala Dunia.
Emmanuel Eboué Piala Dunia 2010.
Pantai Gading unggul 3-0 atas Korea Utara.
Jelang akhir pertandingan pelatih Korea Utara terlihat sedang memberi instruksi pada pemainnya.
Eboue ikut menguping pembicaraan, sambil manggut2 seolah paham bahasanya
😀pic.twitter.com/cWXEK7CkMh— Siaran Bola Live (@SiaranBolaLive) March 23, 2021
Enam tahun selepas berlakunya insiden lucu itu, Eboue mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku ketika itu dalam satu temu bualnya bersama The Telegraph.
“Masa itu, saya sejujurnya tak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Tapi orang tak akan pernah lupa tentang peristiwa itu.
Jelas Eboue.
“Ketika pengurus mereka memanggil ketua pasukannya, saya pergi menghampiri mereka, mengangguk dan kata, ‘OK, tak ada masalah, saya faham, yeah?’ dia kemudian tanya saya, ‘Kamu boleh berbahasa Korea?’ saya jawab, ‘Tak, tapi saya boleh faham sikit-sikit’ dan dia ketawa selepas mendengar jawapan saya.”
“Ia sangat lucu, ia merupakan perlawanan terakhir kami, jadi kami berada dilapangan terbang keesokan harinya bersama pemain Korea dan salah seorang dari mereka datang kepada saya dan kata, ‘Eboue, kamu bercakap bahasa saya?’ saya jawab, ‘Yeah.”
You go fit Emmanuel Eboué?? 🙌🏼😹😹 https://t.co/V56OngncCt
— Mawuena (@Manel_peavey) March 23, 2021
“Jadi dia cakap, ‘OK, macam mana nak ucap selamat pagi dalam bahasa Korea?’ jadi saya jerit kuat-kuat, ‘Yang!!!’ dan dia ketawa sampai terbaring di atas lantai.”
Satu lagi kisah berkait pemain kebangsaan Ivory Coast itu yang menjadi tular adalah melibatkan beliau memakai pakaian Harimau untuk pergi ke acara perayaan Christmas di rumah Gilberto Silva.
Gilberto meraikan perayaan Christmas dengan memutuskan untuk semua orang berpakaian seperti binatang dan menyorok di belakang pintu sebelum rakan sepasukannya tiba.
Pemain seperti Emmanuel Adebayor sedang berkumpul di sebuah bilik ketika Eboue datang dan mengejutkan Gilberto dengan melompat sambil berpakaian lengkap seperti seekor Harimau. Beliau juga tidak henti-henti mengaum setiap kali ada tetamu yang datang.
Eboué:
"He said 'you speak Korean?' I said 'yeah'. He says 'so how do you say hello?'. So I shout 'YANG!'. He fell on the floor laughing."
— Messi Minutes (@MessiMinutes) December 22, 2016
Adebayor sendiri memuji Eboue dan menganggap rakannya itu sebagai pemain yang paling kelakar pernah ditemuinya.
“Dia sangat kelakar dan lebih kelakar dari artis komedi di TV. Kadang kala ketika makan, dia letakkan makanan dekat hidungnya.”
Namun, detik paling ikonik beliau sebagai pemain Arsenal telah berlaku pada Members Day 2010, ketika peminat diberi peluang untuk mendapatkan tandatangan dan bertemu dengan pemain kegemaran mereka.
Acara tahunan itu kebiasaannya berlangsung secara formal dan teratur, namun ketika Eboue sampai, beliau terus menimbulkan kekecohan di acara tersebut.
Eboue memutuskan untuk menghiburkan para penonton dengan berlari laju ke arah bila dan merembat kesemua enam biji bola yang ada di situ.
A REMINDER:
Emmanuel Eboue surprising everyone at the Christmas 2006 party at Gilberto Silva's house by jumping out dressed in a full tiger costume. pic.twitter.com/vJOWJqAQKE
— Football Remind (@FootballRemind) January 2, 2018
Emmanuel Eboue boleh lah dianggap sebagai pemain paling lucu yang pernah menghiburkan para peminat dalam sejarah dunia bola sepak.