Kejadian ini pasti akan menjadi salah satu momen paling diingati di dalam sejarah Piala Dunia.
Pada 25 Jun 2010, ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan di antara Ivory Coast menentang Korea Utara, wakil Afrika itu sedang mendahului lawan mereka itu dengan jaringan 3-0.
Memasuki masa keccderaan, jurulatih Korea Utara, Kim Jong-hun memanggil kapten pasukannya untuk menyampaikan arahan taktikal.
Eboue yang pernah beraksi bersama Arsenal kemudiannya dilihat mengikuti pemain Korea itu ke kawasan teknikal sebelum turut mencuri dengar arahan taktikal yang disampaikan – walaupun tidak faham sepatah pun Bahasa Korea.
Emmanuel Eboué pretending to understand North Korea’s tactics at the 2010 World Cup was 13 years ago today 🤨😂 pic.twitter.com/zDYxKZgalS
— SPORTbible (@sportbible) June 25, 2023
Pemain bek tengah yang pernah melakukan 214 penampilan untuk The Gunners di antara 2005 sehingga 2011 itu kemudian turut mengangguk dengan penuh keyakinan sebagai tanda faham sebelum berlari ke arah bertentangan.
Enam tahun kemudian Eboue akhirnya mendedahkan kejadian sebenar ketika ditemubual oleh The Telegraph.
“Pada ketika itu, saya sendiri tidak faham apa yang saya fikirkan di dalam kepala saya. Tetapi ramai yang masih tidak lupakan kejadian itu.
“Apabila jurulatih mereka memanggil kapten pasukan mereka, saya pun ikut merapat, mengangguk faham dan berkata: “OK, no problem. Ya, saya faham.”
“Jurulatih Korea itu pun kehairanan dan bertanya: “Awak pandai cakap Korea ke?” Saya jawab: “Tidak, tetapi saya faham sikit.” Jurulatih itu pun ketawa terhibur.
“Ia memang melucukan. Ia adalah perlawanan terakhir kami dan pada hari seterusnya kami terserempak sekali lagi dengan skuad Korea Utara di lapangan terbang.
“Salah seorang daripada mereka datang kepada saya dan bertanya: “Eboue, awak faham bahasa kami?” Saya dengan yakin berkata: “Ya, saya faham.”
“Jadi dia uji kemahiran Bahasa Korea saya: “Ok, bagaimana anda katakan selamat pagi di dalam Bahasa Korea?”
“Saya jawab: “Yang!!!”, dan dia ketawa terbahak-bahak sehingga hampir tergolek di lantai.
Eboué on his entrance at #AFC Members Day:
“I said ‘watch this’. The guys said ‘Noooo, please don’t do anything Emmanuel, noooo’…” pic.twitter.com/LYfSuiPGoS
— Messi Minutes (@HENRlK_Zeberg) December 22, 2016
Sepanjang bersama Arsenal, Eboue sememangnya dianggap watak yang kelakar dan suka membuat lawak.
Ketika menghadiri kenduri doa selamat sempena rakan sepasukan, Gilberto dilantik sebagai kapten pasukan baharu Arsenal, pemain itu hadir dengan kostum harimau.
Sebelum rakan-rakannya yang lain tiba, Eboue bersembunyi di sebalik pintu dan mengejutkan Emmanuel Adebayor sehingga melompat dengan ngaumannya.
“Dia lebih lucu daripada seorang pelawak. Walaupun pada ketika dia makan, dia akan keluarkan bunyi aneh,” kata Adebayor mengenai sikap bekas rakan sepasukannya itu.
Sepanjang 7 musim di EPL Eboue menjana pendapatan berjuta dollar.
Beliau tinggal di rumah agam dan memandu kereta mewah. Wang bukan masalah dalam hidup beliau ketika itu. Beliau juga menerima gaji £1.5 juta setahun di Galatasaray satu ketika dahulu.
13 years ago today, Emmanuel Eboué pretended to understand North Korea’s tactics at the 2010 World Cup 😂😂😂pic.twitter.com/ePxEYDv81s
— Gunners (@Gunnersc0m) June 25, 2023
Namun siapa sangka pada 2017, Eboue tampil dengan pengakuan mengejutkan dengan menyatakan bahawa beliau hidup serba serbi kekurangan.
Kadangkala tidur di atas lantai sahaja di rumah kawan. Nak bergerak ke sesuatu tempat pun beliau menaiki bas kerana tiada lagi kereta.
Lebih sedih, beliau kadangkala terpaksa memakai pakaian tidak cukup bersih kerana tidak mampu membeli mesin basuh.
Beliau mendedahkan pernah hampir membunuh diri namun mujurlah beliau masih ingat tuhan ketika itu.
“Saya berdoa agar tuhan datang membantu saya. Hanya Dia yang mampu mengeluarkan semua ini daripada fikiran saya.”
Eboue antara pemain yang menjadi perhatian kempen Time To Change kerana beliau dalam masalah tekanan mental yang dikhuatiri akan memudaratkan beliau.
Players who lost almost everything after divorce🤯
A thread👇🏽1. Emmanuel Eboue – Lost children and all properties to his wife after divorce pic.twitter.com/Zj5TW5RfzH
— Kvng Whillz 🤴 (@KvngWhillz) May 10, 2023
Eboue sebelum ini menyerahkan hak urusan perniagaan kepada isterinya. Selepas penceraiannya, rumah beliau di London disenaraikan untuk dijual oleh Aurelie.
Ramai yang melabel Aurelie sebagai perempuan dari neraka ataupun cinggey dari neraka. Kerana apa yang dia lakukan kepada Eboue sangat kejam.
Pada 2017, beliau mengesahkan masih duduk di rumah di Enfield. Dan difahamkan Aurelie mahukan hak rumah itu kerana mahu menyewakannya kepada orang lain.
Pernah sekali Eboue dihalau oleh polis daripada rumahnya sendiri atas arahan Aurelie. Memang sadis!
Heartbreaking Story of how Millionaire Arsenal & Ivorian legend Emmanuel Eboue went broke & homeless after divorce with Ex Wife pic.twitter.com/Fa3x2BJEub
^
{Anambra bongo ideas Hajia Bintu Shai Vera Ruiru Amerix Gayton Xoli Damelin Trevor Kuami Eugene Medikal Gbadebo Chubby Thug
— African History (@247AfricanFacts) April 15, 2023
Pada 2019, Emmanuel Eboue dilaporkan semakin baik dan pulih secara ekonomi.
Jika sebelum ini hidupnya hancur kerana wanita, namun kali ini beliau bangkit juga kerana seorang lagi wanita yang baik hati dan pernah tidak dihargai oleh Eboue.
Beliau kemudian berkahwin semula di Cote D’Ivoire dengan bekas isterinya yang pernah dia ceraikan kerana Aurelie – modelling cantik dari Belgium.
Emmanuel Eboue nampaknya telah move on daripada masa-masa kegelapan dalam kariernya dan telah memutuskan untuk memperbaiki hubungannya dengan bernikah semula dengan bekas isterinya.
Isterinya itu merupakan kekasihnya sebelum dia popular lagi bermain di Eropah. Dan wanita itu masih setia menunggu Eboue dan memafkannya.
Perkahwinannya kali ini tertutup dan Eboue dilaporkan berjaya membeli rumah semula. Beliau sangat besederhana dalam hidupnya.
Walaupun gajinya tak setinggi dahulu dan wang simpanannya mungkin tak sebanyak dahulu (tapi masa tu dia letak semua atas nama bini lama), namun Eboue lebih gembira pada hari ini selepas melalui masa paling sukar.
Isterinya telah membantu Eboue bangkit sekali lagi. Wanita yang sama membantunya ketika mula meningkat naik satu ketika dahulu.
Isterinya menerimanya walaupun dia tak sekaya dahulu lagi.