Ten Hag Sedih Mount Cedera Lagi: “Dia Ni Main Agak Keras”

Manchester United kehilangan bintang £55 juta kelab itu, Mason Mount menjelang aksi menentang Arsenal.

Mason Mount merupakan arkitek penting England di bawah kendalian Gareth Southgate sebelum ini menjadi rebutan banyak kelab.

Dia memilih Manchester United. Namun mengalami kecederaan panjang dan kembali semula. Kini dia kembali cedera.

Erik Ten Hag menganggap kecederaan itu sebagai agak malang untuk pemain tersebut.

Man United bagaimanapun menerima berita baik apabila Bruno Fernandes, Scott McTominay dan juga Marcus Rashford kembali berlatih untuk pasukan.

“Rashy dah kembali berlatih. Dia berlatih pagi tadi. Dan tengoklah apa jadi Ahad ni. Saya tengok dia macam cun je nak main. Dan harap dia boleh berlatih lagi esok dan boleh la dia main Ahad ni,” tegas pengurus berwajah Joni itu.

Aksi menentang Arsenal adalah penting untuk kelab United. Mereka mahu bangkit daripada kemaluan dalam aksi menentang Crystal Palace sebelum ini.

Di mana mereka kalah 4-0 je dalam perlawanan tersebut.

Erik Ten Hag kurang senang dengan cara permainan Mason Mount yang menurutnya terlalu keras.

“Mount cedera lagi, dia tak akan bermain. Saya bukanlah tak gembira dengan corak permainan Mount. Namun dia dia pemain yang keras. Kamu tengok la profile dia.

“Dalam 4 musim terakhir ini, dia hanya ada isu kecergasan yang kecil pada hujung kariernya di Chelsea. Dia ada nasib yang kurang baik, dan dia pemain yang sangat bagus.

“Kami benar benar merindui sentuhannya pada musim ini,” tegas Erik Ten Hag.

Dua lagi nama yang dijangka tidak beraksi ialah Luke Shaw dan Lisandro Martinez. Shaw masih perlu rawatan rapi.

Sementara Lisandro Martinez, kelab memutuskan untuk tidak terburu buru dalam menggunakan pemain bek tengah terbaik dunia itu.

Arsenal mahu memastikan mereka terus bersaing kejuaraan liga dengan Man City. Kemenangan ke atas United adalah wajib untuk Arsenal jika mahu menjadi juara liga musim ini.

Namun mereka sedar ianya bukan mudah. Kerana Man United dibarisi ramai pemain berkelas dunia seperti Andre Onana, Antony, Wan Bissaka, Alejandro Garnacho dan Kobe Mainoo.

BACA:  Reaksi Alejandro Garnacho Saat Tahu MU Beri Jersi No.7 Kepada Mount