Peminat Arsenal Gantung Diri Sebab Gagal Juara EPL

Ada berita sedih daripada peminat Gunners di Kenya. Di mana salah seorang Gooner sejati, telah mencabut nyawanya sendiri kerana kecewa Arsenal tak menang Liga Perdana Inggeris musim ini.

Video penyokong tersebut tersebar pantas di media sosial dengan dia memakai jersi Arsenal.

Arsenal menjadi calon pilihan juara musim ini selain daripada Man City. The Gunners malah sudah menyiapkan jersi khas sebagai juara EPL.

Selain itu, Arsenal menerusi laman rasminya juga sudah mengeluarkan garis panduan perarakan keraian kejuaraan EPL di sekitar London jika kelab itu bergelar juara.

Mereka juga membuat raptai untuk penerimaan piala di Emirates.

Arsenal gagal menjuarai EPL pada hari terakhir, setelah Man City mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas West Ham.

Arsenal sudah cuba memastikan mereka terus menghimpit Man City dengan turut menang 2-1 di Emirates ketika menentang Everton.

Arsenal musim ini terus menunjukkan kehebatan mereka di bawah kendalian Mikel Arteta. Menjadi pasukan yang paling kental bertahan dan hanya 2 mata di belakang City.

Berita kekalahan Arsenal itu sukar diterima peminat di Afrika. Apabila dia telah memutuskan untuk menggantikan kekecewaan itu dengan nyawanya.

Ini adalah kali kedua berturut turut Arsenal menjadi naib juara di belakang Man City.

Ramai peminat mengingatkan agar menghubungi rakan mereka dari kalangan peminat Arsenal. Untuk memastikan mental mereka masih waras dan sihat.

Kerana ini cuma bola sepak, dan musim depan masih ada lagi.

Mikel Arteta sendiri menyatakan bahawa dia berbangga dengan semangat juang Arsenal sepanjang musim ini. Dan sudah sedia untuk kembali mencabar kejuaraan daripada Manchester City musim hadapan.

Ramai bintang Arsenal yang menonjol musim ini termasuk Martin Odegaard dan juga Declan Rice. Sementara itu Bukayo Saka mengukuhkan kedudukannya dalam skuad Euro England yang akan datang dengan prestasi cemerlangnya musim ini.

Selain daripada nama di atas, bintang seperti David Raya juga cemerlang pada musim pertamanya bersama Arsenal – dia terus memenangi Sarung Tangan Emas EPL.

Arsenal menamatkan musim ini tanpa sebarang piala. Sementara itu, Manchester City masih ada satu lagi piala untuk mereka rebut iaitu Piala FA. Di mana aksi final antara Man City dan Man United akan dilangsungkan di Wembley minggu depan.

BACA:  Kerana Percaya Arsenal Tak Cukup Bercita-cita Tinggi, Vlahovic Sekali Lagi Tolak Tawaran Gunners