Arsenal Kensel Perarakan Naik Bas Dan Penjualan Jersi Champions 2023/24

Arsenal rasminya membatalkan perarakan di sekitar bandar London yang dijadualkan pada hari ini.

Sebelum ini menerusi laman rasmi kelab, Arsenal sudah merancang perarakan piala Liga Perdana Inggeris pertama mereka selepas 20 tahun.

Bukan itu sahaja, Arsenal turut melakukan raptai khas untuk menerima piala tersebut selepas tamat aksi menentang Everton.

Arsenal juga mengeluarkan jersi khas Arsenal Champions 2023/24. Jersi tersebut berwarna kuning kehijauan yang cantik sekali. Di belakang jersi itu juga dicetak logo EPL yang ikonik dengan dakwat hitam itu premium.

Arsenal turut sudah merancang tarikh perarakan kejuaraan EPL jika kelab itu berjaya menjuarai EPL musim ini.

Perarakan bas dua tingkat itu awalnya dijadualkan bergerak di sekitar Drayton Park, Aubert Park, Highbury Grove, St Paul Road, Upper Street dan di belakang stadium Emirates.

Tarikh ditetapkan pada 20 Mei 2024 pada pukul 5 petang. Ianya akan menjadi detik bersejarah buat Arsenal untuk meraikan kejayaan tersebut setelah 20 tahun kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang kali terakhir mereka julang pada 2004.

Perkara tersebut turut dihebahkan menerusi laman rasmi Arsenal untuk memastikan peminat bersedia lebih awal.

Sebelum sepak mula menentang Everton satu raptai penerimaan piala juga sudah dibuat. Dengan semua pihak sudah bersedia.

Piala replika EPL diletakkan di Emirates. Kerana piala sebenar berada di Man City yang masih bersaing pada hari terakhir kejuaraan liga.

@risingballers

Preparations at the Emirates if ARSENAL WIN THE LEAGUE 👀🏆 Can they do it? ⬇️ #arsenal #arsenalfc #premierleague #prem #football #footballtiktok #futbol #futebol #trending #title #champions #footy #fifa #fut #soccer #soccertiktok #footy #golazo #manchestercity #mancity #4u #news VIA: @MAHSEEF

♬ original sound – Kane 🖤♱

Protokol ini biasa dibuat di mana mana kelab EPL yang berpotensi juara. Malah Arsenal dan Man City dilarang memakai jersi selain daripada jersi musim ini. Kelab lain banyak yang sudah menggayakan jersi mereka untuk musim hadapan.

Hal ini kerana protokol EPL menyebut, kelab yang masih berpeluang menjuarai EPL perlu memakai jersi EPL musim tersebut.

Namun begitu semuanya terpaksa dibatalkan. Jadi jika ada rakan anda yang berada di London dan menunggu pesta keraian di sekitar jalanan di London, beritahu dia semua tu dah kensel.

Seterusnya penjualan jersi Arsenal Champions 2023/24 juga ditarik balik. Peminat cuma boleh beli di padang Besar, print sendiri.

Podium yang sudah dicetak juga sedia untuk dilupuskan atau dikeluarkan. Mungkin mereka boleh menampalnya untuk kegunaan musim hadapan?

BACA:  Pembantu Jurgen Klopp Dilaporkan Bakal Menjadi Pengurus Arsenal Yang Seterusnya