Arsenal Flex Mereka Ada 14 Piala FA Dan Ajak Peminat Sertai Kuiz

Arsenal ternyata ada cara tersendiri mengenang sejarah kegemilangan pasukan itu dalam pertandingan Piala FA.

Ketika United meraikan kejayaan merangkul Piala FA ke-13 kelab itu, Arsenal pula mengajak seluruh peminatnya untuk menyertai Kuiz berkenaan dengan Piala FA yang 14 kali dimenangi mereka.

Sebagai rekod, Arsenal adalah kelab paling banyak menjuarai Piala FA dengan 14 kejuaraan. Kini United menambah 1 lagi kejuaraan untuk berada 1 lagi piala kurang di belakang Arsenal. Mantap kan.

Oleh kerana Arsenal memiliki legasi yang luar biasa dalam piala itu. Mereka meminta peminat menyenaraikan kesemua pemain kesebelasan utama dalam aksi kejuaraan piala FA mereka sejak 2000.

Jarang dilakukan orang perkara yang sebegini. Mujur Man United tidak meminta peminatnya menyenaraikan kesemua kesebelasan utama dalam kejayaan 3 UCL mereka sebelum ini. Atau kesemua pemain yang bermain dalam EPL mereka yang ada 20 trofi kesemuanya.

Menerusi laman rasmi kelab, Arsenal menulis dengan nada bongkak dan mengungkit: “Kita ni ada legasi dalam Piala FA, tak ada pasokan lain yang menjulang trofi tu dengan rekod 14 kali.

“Boleh tak korang berikan nama setiap pemain yang bermula dalam kesebelasan utama dalam kesemua 7 kejuaraan terakhir kita sejak 2000?”

Ramai peminat Arsenal menyertai kuiz tersebut. Yang sudah pastinya akan mengelakkan mereka daripada melihat post tentang Piala FA di Facebook oleh peminat Man United.

Arsenal menamatkan musim ini tanpa piala. Namun mereka sangat cemerlang menamatkan saingan di tangga kedua di belakang pasukan dengan 115 pertuduhan menipu FFP iaitu Manchester City.

Arsenal sempat mengadakan raptai manjlis penyampaiam sijil dan hadiah. Mereka malah sudah sedia melakukan perarakan di sekitar bandar London untuk meraikan kejuaraan EPL.

Malangnya mereka gagal melakukannya. Apabila Man City sekali lagi memintas mereka pada selekoh akhir.

Skuad Mikel Arteta sebenarnya pernah je menang Piala FA ni sebelum ni. Jadi tak hairanlah mereka menganjing kelab lain yang beriya nak celebrate Piala FA.

Sehinggakan satu ketika Arsenal digelar FA Cup merchant oleh peminat pasukan seteru mereka yang dengki.

BACA:  Mourinho Mungkin Cantas City Untuk Dapatkan Alexis Sanchez