Mourinho Mungkin Cantas City Untuk Dapatkan Alexis Sanchez

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tidak menolak kemungkinan melakukan tawaran terhadap penyerang Arsenal, Alexis Sanchez.

Pemain berusia 29 tahun ini dilihat semakin hampir menyertai Manchester City dengan segala terma kontrak telah dipersetujui di antara City dan pemain terbabit.

Foursome

Apa yang tinggal hanyalah yuran perpindahan yang perlu dibayar City bagi mendapatkan pemain yang kontraknya hanya berbaki 6 bulan sahaja lagi. Jika perpindahan ini gagal berlaku, Sanchez boleh menunggu sehingga kontraknya tamat dan menyertai City hujung musim nanti.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang Mourinho untuk mencuba nasib dan mencantas City dengan melakukan tawaran lumayan terhadap Arsenal untuk Sanchez.

Beberapa sumber melaporkan Arsenal meminta City membayar £35 juta untuk melepaskan Sanchez kepada mereka. City enggan menerima jumlah tersebut dan hanya bersetuju untuk membayar £20 juta sahaja.

Benanyo kawe dok minat mano pon ngan Sanchez .. tapi kawe dengki demo nok akat Sanchez

United sedar dengan perkara ini dan Mourinho dilaporkan bercadang untuk membayar jumlah yang diminta Arsenal bagi mendapatkan pemain yang sangat diingini Pep Guardiola. Tambahan pula, United bersedia menyertakan sekali pemain tengah merea, Henrik Mkhirtaryan dalam perjanjian tersebut.

Dalam satu sidang media kelmarin, Mourinho tidak menolak minat United terhadap Sanchez sambil berkata pemain antarabangsa Chile ini adalah pemain yang sangat bagus.

“Dari segi etika, saya tidak tahu ianya betul atau tidak apabila bercakap mengenai pemain kelab lain. Jika seseorang bercakap mengenai salah seorang pemain kami untuk menyatakan minat terhadap pemain tersebut, saya pasti tidak akan gembira.”

“Sanchez adalah pemain Arsenal. Hujung minggu ini, beliau mungkin bermain untuk mempertahankan lencana Arsenal jadi saya tidak rasa ianya perkara betul untuk saya berbicara mengenai Sanchez.”

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya, lembaga pengarah United dan pemilik United tidak terlalu berminat dengan pasaran perpindahan Januari.”

Nak mandul ke nak menang liga?

“Kami tidak mahu membeli pemain kerana kelab lain turut membeli pemain. Itu bukan pendirian kelab ini.”

“Apa yang kami percayakan adalah jika terdapat pemain yang minat dan boleh ditandatangani pada Januari, Mac ataupon Julai, kami akan cuba mendapatkan pemain tersebut.”

“Tetapi berkenaan Sanchez, saya tiada komen mengenai perkara tersebut. Apa yang boleh saya katakan adalah Sanchez pemain yang menakjubkan dan beliau adalah pemain Arsenal. Selain dari itu, saya rasa saya tidak patut bercakap lebih lanjut mengenai beliau.”

Laporan dari tabloid UK memberitahu United telah menyertai perlumbaan untuk mendapatkan khidmat Sanchez pada jendela perpindahan Januari ini. Pegawai dari City menganggap usaha United ini sebagai satu cara untuk mengganggu pelan masa depan The Citizens.

BACA:  Alex Ferguson Ponteng Perlawanan Man Utd Kerana Mahu Melihat De Gea