Wartawan Dedah Klopp Terus Meroyan Walaupun Kamera Telah Dimatikan

Wartawan yang dikritik pengurus Liverpool Jurgen Klopp tampil mendedahkan kejadian selepas ditinggalkan pengurus itu ketika ditemubual oleh nya.

Ketika temubual tersebut berlangsung, Klopp berang apabila intensiti pasukannya dipersoalkan berikutan kekalahan 4-3 kepada kelab kerdil Manchester United di suku akhir Piala FA pada Ahad lalu.

Wartawan tersebut, Neils Christian Frederiksen kemudian mendedahkan kemarahan Klopp tidak berhenti di situ sahaja. Malah ia berlarutan selepas itu setelah kamera dimatikan.

“Saya amat terkejut [reaksi Klopp], dan mereka yang berada berdekatan juga ketakutan. Kami semua hanya kaku dan tertanya-tanya: “wow, apa yang baru berlaku tadi?,”

“Ia berlanjutan selepas apa yang anda lihat di TV. Dia berjalan menuju ke laluan keluar dan terus menjerit dan memaki saya. Saya pula mengikuti dia kerana saya berpendapat amat aneh dia berkelakuan begitu.

“Ya, saya terkejut. Mereka yang terkejut dengan reaksinya pada ketika itu juga bertanya: “Adakan anda ok. Sudah tentu saya ok. Saya telah menemubual Klopp banyak kali dan saya juga mengenali dia secara peribadi.

“Saya [menemunual] di Mainz ketika era Leon Andreasen dan Mohamed Zidan beraksi di sana, dan juga di Dortmund dan banyak kali di Liverpool.

“Jadi kami memang tidak ada persengketaan. Tetapi apabila anda salah seorang jurulatih terbaik dunia sejak beberapa tahun, reaksi sedemikian tidak patut berlaku kerana anda bukan golongan paling teruk di dunia.

“Seorang jurulatih yang hebat hanya tidak suka akan kekalahan dan sentiasa mahukan kemenangan.”

Selepas insiden tersebut Klopp turut dikritik kerana komennya mengenai bentuk badan Frederiksen. Ramai bertanggapan pengurus itu menghina penampilan wartawan tersebut.

Walaupun demikian Frederiksen mahu percaya Klopp hanya tersasul pada ketika itu dan tidak mempunyai niat memalukannya.

“Tidak, tidak. Itu bukan perkara dimakusudkannya. Jelas sekali saya tidak mempunyai masalah berat badan, dan jika saya mempunyai masalah itu, dia tetap tidak akan berkata sedemikian. Itu bukan Klopp yang saya kenali.

“Dia hanya maksudkan saya tidak boleh atau soalan tersebut tidak sesuai. Tiada perkara lain.

“Tetapi saya berpendapat soalan itu tidak melampaui batas. Perkara terpenting dalam mana-mana temubual, anda harus mendengar mereka dan bukannya mereka membaca kertas yang anda berikan.

“Dia sendiri mengatakan mereka [Liverpool] kurang intensiti pada masa tambahan, jadi ia perkara biasa untuk bertanya kenapakah intensiti itu hilang. Mereka mempunyai banyak masalah kecederaan, dan mereka juga mengadu mengenai jadual perlawanan yang padat. Dia boleh saja menjawab begitu.

“Jadi saya berpendapat kekecewaan Klopp meletus kerana mereka tewas kepada Manchester United. Mereka mendahului dua kali dan sepatutnya menang. Impian sebenar Klopp ialah untuk membawa pasukannya ke perlawanan akhir di Wembley sebagai perlawanan terakhir beliau di England. Itulah sebab yang akan saya ambil sekarang.

“Jadi saya boleh faham mengapa beliau sangat kecewa dan marah. Kemudian dia diajukan soalan yang dia fikir tidak sesuai. Seperti saya katakan tadi mereka mengalami banyak kecederaan dan perlawanan yang harus dilalui, di mana dia sendiri yang mengadu.

“Kemudian dia mendapat soalan mengenai intensiti. Sentaplah kawan.

“Tidak apalah. Saya tidak mempunyai masalah dengan kejadian ini. Kemudian hari juga saya ok. Apabila saya menemubual dia lagi di kemudian hari, kami masih berkawan baik. Saya tidak fikir dia akan berdendam.

BACA:  Manchester United Tiada Peluang, Real Madrid Masih Sayangkan Bale