Klopp Ucap Selamat Tinggal Dan Nyanyikan Lagu Arne Slot

Jurgen Klopp rasminya meninggalkan Liverpool. Dengan pengurus legenda itu diberikan ucapan perpisahan yang luar biasa di Anfield.

Paling menarik Klopp sendiri mengumumkan Arne Slot ke Liverpool musim hadapan. Dengan meminta penyokong Liverpool bersama sama menyanyi nama pengurus itu di Anfield.

Klopp menamatkan eranya di Liverpool dengan memberikan kejayaan EPL, UCL, Piala Dunia Kelab, Piala Super Eropah dan banyak lagi kejayaan.

@optussport

๐Ÿ—ฃ๏ธ โ€˜ARNE SLOT! LA LA, LA LA LA!โ€™ ๐Ÿ”ด Jurgen Klopp leaves a lasting legacy and this new chant for Liverpoolโ€™s incoming manager. #Liverpool #Klopp

โ™ฌ original sound โ€“ Optus Sport โ€“ Optus Sport

Klopp juga melakukan fist pump kali terakhir di hadapan The Kops. Klopp turut menyanyi Youโ€™ll Never Walk Alone buat kali terakhir di Anfield.

Klopp dan staf kejurulatihannya akan meninggalkan Liverpool secara berjemaah selepas ini yang akan menandakan bermulanya era baharu.

Di Belanda, Arne Slot juga diberikan acara perpisahan oleh kelab itu. Dia pengurus yang membantu Feyenoord kembali menjadi pencabar kejuaraan liga.

Musim ini agak mustahil untuk mengejar PSV Eindhoven yang terlalu padu. Di mana juara Belanda itu menamatkan saingan di tempat teratas dengan 91 mata.

Liverpool dilaporkan setuju membayar pampasan untuk mendapatkan pengurus tersebut. Slot sebelum ini sudah mengesahkan bahawa dia akan menyertai Liverpool.

Feyenoord turut mengumumkan pemergian pengurus tersebut walaupun Liverpool masih belum membuat pengumuman rasmi kerana sibuk dengan persiapan perpisahan yang grande dengan Klopp.

@nossport

โ€˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป ๐—ผ๐—ป๐˜๐˜‡๐—ฒ๐˜๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ฑ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฎ๐—ฟ ๐˜ƒ๐—ผ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ ๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ท ๐—ฑ๐—ฒ๐˜‡๐—ฒ ๐—ฐ๐—น๐˜‚๐—ฏโ€™ Arne Slot heeft zijn periode als trainer van Feyenoord afgesloten met een 4-0 overwinning op Excelsior. De trainer, die komende zomer bij het Engelse Liverpool aan de slag gaat, zag zijn team niet verzaken. slot feyenoord liverpool

โ™ฌ origineel geluid โ€“ NOS Sport โ€“ NOS Sport

Dalam aksi menentang Wolves, Klopp beberapa kali telah cuba menahan emosinya kerana dia sudah 9 tahun berada di Anfield. Kelab yang dia sendiri isytihar sebagai kelab terbaik dalam kariernya.

Klopp meminta peminat Liverpool terus menyokong pemain pemain dan pengurus baharu kelab itu nanti.

Arne Slot sebelum ini dikaitkan dengan Bayern Munich. Namun selepas beberapa siri perbincangan Bayern mengambil keputusan tidak membida pengurus itu kerana dianggap berisiko.

Hal ini kerana Arne Slot dianggap kurang pengalaman dan tidak mampu menggalas tugasan di kelab sebesar Bayern nanti.

Liverpool sebelum ini terlepas peluang mendapatkan Xabi Alonso yang memutuskan untuk terus kekal di Bayer Leverkusen.

Akhirnya mereka menekan klausa pelepasan yang ada pada kontrak Arne Slot. yang dilaporkan bernilai โ‚ฌ11 juta.

Feyenoord menghormati keputusan Slot yang mahu menempuhi cabaran lebih besar dalam kariernya.

BACA:ย  Belum Sempat Beraksi, Pembelian Musim Panas Liverpool Terpaksa Diketepikan Kerana Dibelenggu Masalah Kecederaan