Tiba Tiba Klopp Nasihati Man United Ubah Corak Permainan Atau Kalah Di Tangan Arsenal

Jurgen Klopp memberikan amaran kepada Manchester United bahawa mereka akan kalah menentang Arsenal jika bermain seperti menentang Liverpool semalam.

Entah kenapa Jurgen Klopp tiba tiba prihatin dengan taktikal Manchester United? Dan menasihati agar United memperbaiki corak permainan mereka sebelum aksi menentang Arsenal bulan depan.

Liverpool melepaskan kedudukan teratas kepada Arsenal setelah seri 2-2 dengan musuh tradisi mereka Manchester United. Pengendali asal Jerman itu meminta Liverpool agar kekal tenang.

Ditanya tentang kualiti Man United yang akan berdepan Arsenal untuk aksi penting pada 11 Mei akan datang, Klopp tidak menolak kemungkinan dia akan menyokong Man united pada ketika itu.

“Mungkin kot,” kata Klopp yang masih tidak yakin dengan pilihannya.

“Jika kita masih lagi dalam landasan persaingan pada hari itu, ianya hebat. Namun Arsenal adalah pasukan yang sangat bagus. Jika Man United bermain seperti hari ini, Arsenal akan menang perlawanan itu. Saya pasti 100%. Maaflah saya berkata begitu,” kata Klopp yang risau dengan Manchester United.

Liverpool gagal menang dalam 2 kunjungan mereka ke Old Trafford dalam beberapa minggu ini walaupun melakukan 53 percubaan ke arah gol. Liverpool kalah 4-3 dalam aksi suku akhir Piala FA. Dan kini keciciran 2 mata berharga dalam usaha mereka mahu menjuarai EPL musim ini.

Liverpool kini terikat mata dengan Arsenal yang memiliki perbezaan jaringan lebih baik. Sementara Man City di tangga ketiga hanya beza 1 mata daripada kedua dua pasukan

Klopp menegaskan bahawa daripada corak permainan yang mereka pamerkan, Liverpool yang patut menang.

“Hakikatnya, kami yang patut menang kedua dua perlawanan itu, namun gagal. Kepada seluruh komuniti Liverpool, kekal tenang,” tambah Jurgen Klopp lagi.

Ditanya tentang kenapa Liverpool tidak memperbaiki perbezaan jaringan mereka. Klopp menyatakan bahawa perkara itu bukan sasaran utama mereka. Kerana paling penting adalah 3 mata.

“Ada orang cakap, kami perlu lebih baik dalam perbezaan jaringan dan melakukannya. Itu benda paling bangang jika kami nak buat. Itu bukan boleh dilakukan sesuka hati, kerana kami tak akan merancang untuk pergi ke setiap perlawanan untuk skor 8 gol, dan berlaku macam tu je.

“Saya tahu ini bukan keputusan terbaik namun saya ok je,” tegas Klopp.

BACA:  Klopp Akui Liverpool Tidak Cukup Bagus