Liverpool Lantik Lulusan Havard Kendali Kaedah Saintifik Cari Pengganti Klopp

Liverpool sudah pasti telah memulakan pencarian untuk pengganti Jurgen Klopp yang akan meninggalkan Anfield sebaik sahaja saingan musim ini tamat.

Berdasarkan speukasli semasa, kelab berpengkalan di Merseyside itu tidak mempunyai masalah dengan calon pengganti.

Antaranya adalah pengurus Bayer Leverkusen Xabi Aloson yang juga merupakan bekas pemain tengah The Reds. Tidak terkecuali adalah pengurus Brighton Roberto de Zerbi yang sudah mahir selok belok cabaran di Premier League dan juga Ruben Amorim yang cemerlang bersama Sporting.

Di sebalik nama-nama ini, Liverpool dijangka akan menggunakan kaedah yang sama untuk mencari pengurus yang sesuai sepertimana pelantikan Klopp pada 2015.

Liverpool akan menggunakan kaedah saintifik dalam memastikan pengurus baharu yang akan dilantik bukan sekadar tampak sesuai daripada segi profil luaran, tetapi termasuk butiran penting daripada perkara terkecil sehingga yang terutama.

Bagaimana ia dilakukan?

Fenway Groups- firma yang memiliki Liverpool – sememangnya dikenali sebagai pemilik yang mengandalkan data dalam mencari pengurus dan pemain untuk organisasi sukan di bawah naungannya.

Sejak membeli pemilikan Liverpool pada 2010 kaedah analitik telah diguna pakai dalam semua bentuk urusan terutama dalam menentukan polisi perpindahan pemain berdasarkan model dan sistem yang sama digunakan oleh kelab besball Boston Red Sox.

“Cara kami mengendalikan operasi kelab bola sepak ialah dengan memastikan semua maklumat dinilai, semua data, semuanya kami akan ligar secara teliti sebelum keputusan dilakukan,” kata Pwgawai Eksekutifnya, Billy Hogan.

Lulusan Havard ketuai kajian

Walaupun pengumuman oleh Klopp untuk meninggalkan Anfield dianggap sebagai mengejut, Liverpool sebenarnya sudah bersedia berhadapan situasi tersebut dengan melantik Will Spearman untuk mengetuai Pengarah Penyelidikan, mengantikan Ian Gordon yang memegang peranan tersebut sejak 2012.

Spearman adalah lulusan Universiti Havard dan memiliki PhD di dalam bidang partikel fizik. Spearman diberikan peranan besar untuk mengenalpasti bidang-bidang utama yang perlu dinilai untuk memastikan pengurus yang tepat dibawa masuk – yang tidak boleh dinilai dengan persepsi dan pandangan biasa seperti corak pengurusan dan prestasi semasa.

Siapa lagi terlibat?

Turut akan berada di dalam kumpulan itu adalah Presiden FSG, Mike Gordon yang sentiasa menjadi orang tengah di antara kelab dan firma.

Gordon adalah individu pertama yang menerima panggilan mengejutkan oleh Klopp mengenai hasratnya meninggalkan Anfield pada hujung musim ini.

Beliau juga sebelum ini memainkan peranan penting untuk melantik Klopp selepas Brendan Rodgers dipecat. Kali ini Gordon dijangka akan memainkan peranan yang sama.

Turut dijangka akan terlibat adalah Theo Epstein yang merupakanj bekas presiden bahagian operasil kelab MLB Chicago Cubs dan bekas pengurus Red Sox.

Epstein menyertai PSG sebagai penasihat dan dijangka akan memainkan peranan sebagai penasihat utama dalam misi mencari pengganti Klopp.

Pengurus pilihan

Alonso sememangnya sentiasa menjadi pilihan untuk melatih Liverpool suatu hari nanti walaupun sebelum Klopp mengumumkan pemergiannya.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Real Madrid dan Bayen Munich itu mempunyai kredibiliti dan pengalaman yang diperlukan dan pada musim ini mulai membuktikan dirinya mampu mengisi setiap metrix yang dikehendaki FSG.

Antara metrix yang dimaksudkan ialah seperti menjadikan seorang pemain biasa menghasilkan prestasi luar biasa melebihi potensi dijangkakan sepertimana yang dilakukan bersama Leverkusen pada musim ini yang belum pernah tewas satu perlawanan pun.

Alonso mengamalkan corak permainan direct dan kerap melakukan tekanan/pressing seperti Klopp dan ini membantu transisi pertukaran pengurus menjadi lebih mudah untuk skuad sedia ada.

De Zerbi turut menyerlah sejak menyertai Brighton dan memberikan impak yang hampir serupa seperti Klopp ketika baru tiba di England. Meski pun demikian prestasi serba tidak menentu Brighton menjadi persoalan utama.

Amorim juga menerapkan permainan pressing yang sama, dan kini membawa Sporting berada di kedudukan teratas Primeira Liga dengan kelebihan dua mata. Sepanjang musim ini, Amorim dan Sporting hanya keciciran lapan mata setakat ini.

BACA:  Akhirnya UEFA Minta Maaf Kepada Penyokong Liverpool Yang Ketakutan dan Tertekan di Paris