Klopp Dakwa VAR Sepatutnya ‘Terpaling Betul’ Selepas Liverpool Dinafikan Penalti

Jurgen Klopp sangat yakin Liverpool sepatutnya memperolehi penalti di babak akhir perlawanan menentang Manchester City yang berakhir dengan jaringan 1-1 di dalam aksi Premier League pada malam tadi.

Liverpool dan Man City mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1 di Anfield pada Ahad. Keputusan perlawanan tersebut menyebabkan saingan merebut kejuaraan pada musim ini kembali terbuka dengan saingan musim ini berbaki 10 perlawanan.

City mendominasi babak awal perlawanan dan John Stones berjaya meletakkan pasukan pelawat itu di hadapan selepas gerakan bijak Kevin De Bruyne daripada sepakan sudut.

Liverpool tampil berbeza pada babak kedua, dan Alexis Mac Allister kemudiannya menyamakan kedudukan daripada sepakan penali selepas Darwin Nunez dikasari oleh Ederson.

Liverpool terus mendominasi baku perlawanan namun gagal menjaringkan gol kedua perlawanan. Klopp pula berpendapat Liverpool sepatutnya dibetikan satu lagi sepakan penalti dalam perlawanan tersebut.

Pengurus Liverpool yang terdesak untuk menjuarai kejuaraan kedua Premier League bersama kelab Merseyside itu bependapat kekasaran Jeremu Doku terhadap Man Allister di dalam kotak penalti pada minit ke-99 sepatutnya dihukum.

Semakan VAR bagaimanapun mengekalkan keputusan Michael Oliver untuk tidak memberikan penalti kepada pasukan tuan rumah.

Bercakap kepada Sky Sports selepas perlawanan, Klopp tidak berselindung meluahkan kekecewaannya terhadap keputusan tersebut.

“Bukankan [VAR] diwujudkan untuk membuat keputusan yang betul, dan bukankah sukar untuk tidak memikirkan tahap keberkesannya apabila ia tidak memainkan peranan melakukan keputusan yang betul?,” kata Klopp selepas kecewa VAR tidak mencadangkan kepada pengadil untuk mengubah keputusannya.

“Di dalam situasi ini tidak kira daripada sudut mana padang, sangat jelas 100% ia adalah kekasaran. 100% kekasaran dan kad kuning.

“Dia [Doku] memang menyepak bola. Tetapi dia hanya boleh berbuat demikian kerana kaki tingginya. Jika bola tidak berada di situ, dia sudah bunuh pemain kami.

“Bagi orang bola sepak di seluruh dunia, ia jelas sepakan penalti harus diberikan.!”

Walaupun kecewa dengan keputusan akhir perlawanan, Klopp tetap gembira dengan prestasi ditampilkan anak buahnya dalam perlawanan terakhirnya menentang Man City.

BACA:  Al Ittihad Percaya Usaha Dapatkan Salah Hanya Tertangguh Sementara