Klopp Penuh Emosi Tanya Bekas Pemain City ‘Kau Pernah Main Bola Tak?’

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang penuh emosi telah bertanya kembali kepada bekas pemain Manchester City, Nedum Onuoha ‘Kau pernah main bola tak?’ nyata memakan diri.

Pengurus Liverpool itu bercakap kepada wartawan dari ESPN selepas keputusan seri 2-2 menentang Wolves pada hari Sabtu dalam perlawanan penuh kontroversi di mana VAR menyelamatkan Liverpool tersingkir dari Piala FA.

Jurgen Klopp yang kecewa dan mungkin sedikit lega selepas pasukannya berjaya memaksa perlawanan ulangan dalam pertembungan pusingan ketiga Piala FA, walaupun persembahan hambar, dia tidak berada dalam mood terbaik.

Bekas pemain Manchester City, Nedum Onuoha yang kini bersama ESPN telah dipersoalkan kelayakannya untuk bertanya soalan kepada Jurgen Klopp.

Nedum Onuoha yang mewakili ESPN telah bertanya kepada Jurgen Klopp mengenai situasi itu:

“Dalam cabaran sebegitu, apa yang akan anda lakukan, apa anda mahu perkatakan?”

Jurgen Klopp dengan penuh emosi lalu menjawab:

“Pada masa ini, saya tidak pasti sama ada anda pernah bermain bola sepak, tetapi perkara seperti ini berlaku. Bila anda dalam situasi 2 atau 3 vs 1. Kemudian tiga orang fikir salah seorang akan pergi masuk. ”

Pengurus Liverpool itu langsung tidak tahu dan tidak kenal siapa yang sedang menemuramahnya ketika lalu telah menampakkan kebodohan sendiri yang bodo amat.

ESPN FC telah menyiarkan kembali video temuramah di sambil membuat panggilan video kepada Nedum Onuoha untuk bertanya lebih lanjut tentang apa yang terjadi ketika itu.

Walaupun begitu, Onuoha dan beberapa pakar ESPN rakannya melihat perkara ini dari sisi lucu di mana mengekek mereka ketawa sambil membahan Nedum Onuoha apabila memainkan kembali video itu.

Craig Burley dan Steve Nicol ketawa riang apabila menyedari Jurgen Klopp jelas tidak mengetahui langsung dengan siapa dia bercakap. Mereka juga menyiarkan jaringan yang telah dilakukan oleh Onuaha.

Pengacara rancangan Dan Thomas bertanya kepada bekas pemain pertahanan itu sama ada terdapat apa-apa hasrat bekas pemain berusia 36 tahun yang dia katakan sebagai tindak balas kepada Klopp.

Nedum Onuoha kemudian menjawab dia memilih untuk berdiam diri kerana Klopp tengah beremosi dan menyeru rakan-rakannya supaya berhibur kerana insiden itu telah menjadi content kepada ESPN:

“Tahukah anda, jika dia berada dalam mood yang baik saya mungkin akan mengatakan sesuatu kembali.”

“Tetapi dia langsung tidak berada dalam mood yang baik dan saya fikir buat kali pertama saya menemubual seseorang yang begitu penting dalam bola sepak dunia, jika saya balas semula ia mungkin akan bertukar menjadi semacam pertengkaran.”

“Jadi saya fikir ini content gais, saya akan biarkan kamu semua menikmatinya dan kita akan teruskan, dapatkan sedikit lagi daripadanya. Saya fikir saya melakukannya dengan baik.”

Situasi janggal itu telah menjadi bahan jenaka, jika Onuoha menjawab di pemain bola sepak di Premier League sudah pasti lain macam perginya temuramah itu.

Nedum merupakan pemain bola sepak yang mempunyai karier jauh lebih cemerlang berbanding Jurgen Klopp yang tidak pernah beraksi di peringkat teratas sebagai pemain.

Seperti yang dinyatakan oleh ESPN, Nedum Onuoha telah membuat 426 penampilan berbanding Klopp, 347 penampilan Klopp, dengan 232 daripadanya muncul dalam Liga Perdana.

Jurgen Klopp, yang menjaringkan 56 gol dalam kariernya, tidak bermain satu perlawanan liga utama di Jerman. Nedum Onuoha merupakan pemain pertahanan akademi Manchester City yang berjaya menembusi pasukan utama.

Kelab terakhir Nedum Onuoha adalah Real Salt Lake yang bermain di Major League Soccer (MLS) dan dia pernah bertelingkah dengan Zlatan Ibrahimovic yang ketika itu bermain bersama LA Galaxy.

BACA:  Bolos 12 Gol Dari 4 Perlawanan, Klopp Mulai Persoal Keutuhan Benteng Kelas Dunia Liverpool