Klopp Berang Dan Tinggalkan Temubual Selepas Kalah Bermaruah Kepada United

Jurgen Klopp bertindak meninggalkan temubual dengan Scandinavian TV selepas disingkirkan secara bermaruah oleh Manchester United di peringkat suku akhir Piala FA Inggeris pada awal pagi tadi.

The Reds tewas 4-3 selepas masa tambahan melalui gol kemenangan Amad Diallo pada minit ke-121 perlawanan, setelah United bangkit dua kali daripada ketinggalan dalam perlawanan ini.

Pada satu ketika skuad kendalian Jurgen Klopp mendahului 2-1 dan kemudian 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford ini.

Dan selepas tamat perlawanan – di mana impian Liverpool menyapu bersih semua kejuaraan seperti yang diimpikan selama ini sekali lagi musnah – Klopp tiba-tiba tersingung dengan soalan yang ditanya oleh seorang wartawan dari Norway sebelum meninggalkan temubual tersebut.

Ditanya mengenai pasukannya yang kelihatan seperti kurang intensiti ketika masa tambahan, Klopp tiba-tiba meradang: “Soalan itu kedengaran sedikit bodoh.

“Kalau kau biasa layan game kami, patutnya tanyalah kenapa sebelum ini mengapa kami bermain dengan banyak tenaga.

“Mana aku kira berapa banyak game kami main dan berapa banyak Manchester United main. Demikianlah sukan.

“Jadi aku amat kecewa dapat soalan cenggini, kau pulak pikiq soalan hang tu power habis.”

Wartawan itu kemudiannya menambah: “Jadi sebab korang main terpaling banyak perlawanan sebelum ini?”

Soalan itu membuatkan tahap kesabaran Klopp mencapai takat didih: “Sampai ke situ kau fikir? Come on lah woii!

“Nampak sanagat kau ni tak fit, dan aku tak goyanglah dengan kau,” kata Klopp yang sentap lantas meninggalkan wartawan dan temubual tersebut.

Dalam perlawnanan pada malam tadi Liverpool dilihat seakan-akan mudah menyingkirkan United daripada Piala FA walaupun bermain di Old Trafford melalui jaringan Mohamed Salah dan Alexis Mac Allister, walaupun United mendahului melalui Scott McTominay pada minit ke-10.

The Reds bagaimanapun dikecewakan dengan gol penyamaan melalui Antony Spin pada babak akhir masa sebenar perlawanan untuk kedudukan berakhir 2-2.

Harvey Elliot melalui percubaan yang terbias kembali meletakkan Liverpool di hadapan pada masa tambahan.

United kemudiannya bangkit melalui jaringan Marcus Rashford sebelum Amad Diallo memastikan kemenangan dramatik buat pasukan tuan rumah.

Bercakap di dalam sidang media selepas perlawanan, Klopp menyalahkan pasukannya sendiri yang banyak mensia-siakan peluang terhidang sepanjang perlawanan.

“Kami gagal membunuh game. Bila kau buka pintu bagi chance depa mai balik, main lagi dol Old Trafford, memanglah depa akan dapat peluang skor.

“Game memang sukar. Tapi ini first time aku nampak team aku kendali ni off day… depa bergelut.”

“Bila menang, memang rasa happylah layan game. Time kalah, tak boleh nak habaq apa dah perasaan ni.”

Ditanya berkemungkinan keletihan melampau akan melanda pemain ketika kalendar antarabangsa yang akan menyusul selepas ini, Klopp berkata: “Aku harap coach [international] mahu pemain depa fit untuk musim panas nanti [Untuk Eurolah]

“Jadi aku harap depa boleh pikiq sendiri. Tak payahlah main semua dua game 90 minit nanti. Tapi itu ikut depa lah.”

Selepas ini Liverpool akan kembali beraksi pada 31 Mac menentang Brigton di mana skuad kendalian Klopp berada di kedudukan kedua di belakang Arsenal – dibezakan melalui perbezaan jaringan.

BACA:  Klopp: Beli Pemain Bukan Seperti Main Monopoly