Pemain-pemain Liverpool jelas mempunyai idea mereka sendiri untuk calon pengganti Jurgen Klopp sebagai pengurus baharu pasukan itu bermula musim hadaapan.
Klopp yang dianggap sebagai legenda di Anfield berharap untuk mampu menjuarai Premier League, Europa League, dan Piala FA sebagai tambahan kepada Piala Carabao yang sudah dimenangi mereka pada musim ini – sebelum meninggalkan Anfield selepas tamat saingan musim ini.
Klopp sudah bergelar pengendali di Anfield selama sembilan musim. Dan antara calon pilihan untuk menggantikan jurulatih Jerman itu adalah Xabi Alonso.
Pep Lijnders sobre Jurgen Klopp:
"Jurgen Klopp es irremplazable, pero creo que Liverpool en el pasado ya mostró algunas transiciones dificiles. La transición más difícil dentro de este club fue que Bill Shankly dijera 'Me siento cansado' y anunciara su retiro en 1974 y luego… pic.twitter.com/lI65hSrCUY
— Futbol de Inglaterra (@Mercado_Ingles) March 11, 2024
The Sun bagaumanapun melaporkan barisan pemain The Reds mahukan Pep Lijnders sebagai pengganti Klopp, dan Ljinders sudah berada lebih lama di Anfield berbanding Klioo.
Menurut Alan Brazil dan Dean Saunders melalui talkSPORT, Ljinders adalah pilihan utama pemain di bilik persalinan untuk meneruskan legasi Klopp.
“Saya dimaklumkan pemain [Liverpool] tidak kisah sekiranya Ljinders menjadi pengganti,” kata Brazil.
“Memang sukar untuk mencari pengganti untuk kelab sebesar Liverpool.”
Ljinders menyertai Liverpool pada 2014 dan bekerjasama di bawah Brendan Rodgers sebelum menyertai Klopp.
Dia kekal selama tiga musim sebelum kembali ke Belanda untuk bergelar pengurus NEC.
Liverpool’s players are keen to see Pep Lijnders succeed Jurgen Klopp as manager.https://t.co/Dcatzw5zuE
— TNGbreaking (@tngbreaking) March 17, 2024
Ljinders bagaimanapun kembali ke Anfield untuk menyertai Klopp selepas itu.
Klopp dan Ljinders kemudiannya membentuk gandingan mantap memastikan kejataab bersama Liverpool. Pengalaman jurulatih itu membuatkan ramai pemain Liverpool percaya Ljinders adalah pilihan yang lebih tepat sebagai pengganti Klopp dalam memastikan perubahan tersebut tidak terganggu.
Walaupun demikian pengurus Bayer Leverkusen, Xabi Alonso masih kekal sebagai pilihan utama untuk menggantikan Klopp.
Selain Alonso, nama-nama lain yang turut menjadi sebutan adalah Roberto de Zerbi, Julian Nagelsmann dan Ruben Amorim.