Nas Daily Buat Orang Marah Lagi, Kali Ini Bantu Liverpool Dalam Program 1 Minit

Aksi semalam di antara Liverpool dan Manchester City awalnya dijangka akan sengit. Bak kata Shafiq Firmino dan Udin Aguero, ianya adalah pertarungan bola sepak sebenar.

Namun, hampeh. Perlawanan yang sangat membosankan disajikan oleh kedua-dua pasukan. Jauh lebih seronok perasaannya anda menonton ABPBH daripada menonton perlawanan ini.

Apa perasaan anda duduk di kedai mamak menyaksikan perlawanan yang lebih banyak complaint keputusan pengadil berbanding percubaan ke arah gol.

Liverpool dan Manchester City menurunkan pasukan terbaik mereka ada dalam perlawanan ini. Kalau pemain tu tak bermain sebab dia tak berapa cergas sangat la tu.

Penyokong Liverpool di mana sahaja termasuk di bulan dan di angkasa gembira meraikan kepulangan pemain center back terbaik dunia, Lovren.

Bermula sahaja perlawanan, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan yang tak berapa nak tajam.

Liverpool terpaksa mengeluarkan pemain veteran dalam pasukan mereka James Milner yang cedera. Jelas sekali itu petanda buruk buat pasukan yang power ini.

Aguero yang diharapkan ramai pengurus Fantasy PL pun beraksi macam Salah. Salah beraksi macam Sterling. Sterling beraksi macam Mane. Mane beraksi macam Nas Daily aka Riyad Mahrez. Ataupun bahasa lainnya, mereka semua sama sahaja di barisan serangan.

Aguero terus badi di Anfield. Rekod dia di stadium keramat Liverpool itu masih tak baik.

Pep Guardiola yang bengang dengan ketidakmenjadian pemainnya kemudiannya memasukkan bekas pegecat divider jalan dan juga pemain yang disingkirkan Jerman daripada Piala Dunia iaitu Leroy Sane.

Budak pengecat divider itu beberapa kali offside sejak dimasukkan. Van Dijk kemudian mencucuk kaki beliau maka Manchester City diberikan penalti pada minit terakhir perlawanan. Baki dalam 4 ataupun 5 minit.

Nas Daily yang sebelum ini ada isu dengan imigresen Malaysia dan tak dapat masuk. Lalu mengutuk pemandu kereta Malaysia. Dialah yang mengambil penalti.

Budak pengecat divider jelas agak kecewa kerana dia pun nak ambil penalti itu.

Nas Daily tak peduli. Di atas skrin terpampang rekod penalti dia yang ada 2 miss dan hanya 2 masuk.

Squawka terus menjadi batu api mengungkit kali terakhir Nas Daily menjaringkan gol penalti pada 2016.

Lalu Nas Daily memastikan rekod miss itu dijadikan 3 terus. Dia merembat bola ke angkasa lepas. Terkejut Alisson dengan aksi dia. Nas Daily kini sudah miss 5 daripada 12 penalti dalam kariernya.

Nas Daily kelihatan acah terkejut selepas berjaya membantu Liverpool seri

Nas Daily pun berkata, itulah satu minit saya hari ini, jumpa esok. Satu minit yang sia-sia ketika proses penalti beliau.

Dah la hari tu pasport tak lepas imigresen Malaysia. Semalam bola pula tak lepas imigresen tiang gol Anfield. Nas, Nas, apa nak jadi ni Nas.

Pihak NASA sedang berusaha membawa balik bola itu ke bumi dari Marikh. Mana taknya, bola itu ada dipasang cip khas untuk goal line technology kot.

https://twitter.com/UNILADFooty/status/1048987726211678208

Ramai la orang yang marah dengan apa yang dilakukan Nas Daily itu. Fendi Hazard, Rahim Martial, Udin Aguero dan Shakir Bale semuanya mahu melihat Liverpool kalah.

Liverpool yang sedar mereka telah merugikan penyokong yang datang ke stadium cuba menyerang saat akhir. Namun perlawanan berakhir seri.

Nas Daily secara tak langsung telah membantu Liverpool untuk kekal tak kalah musim ini. Klopp pasti terkilan kerana pemain Liverpool lupa misi sifar on target wawasan kita. Mereka secara tak sengaja terbuat 2 on target.

Perlawanan berakhir seri 0-0 dan kedua-dua penyokong kelihatan menyesal tidur lewat dan hari ini kerja di ofis mengantuk.

Akhir sekali, Liverpool dan Manchester City seri kerana Nas Daily, Chelsea yang happy.

BACA:  Tiga Mata Percuma Untuk Liverpool?